Connect with us

Berita Lain

‘Serbuan khalwat dihentikan’ tak pernah keluar dari mulut saya, kata Mujahid

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa menafikan tajuk laporan yang memetik beliau sebagai berkata bahawa serbuan
ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat
akan dihentikan.
Mujahid berkata, tajuk berita yang digunakan akhbar The Star
edisi Sabtu lalu “tidak keluar dari mulutnya”, lapor Malaysiakini hari ini.
Beliau merujuk laporan The Star bertajuk “No more night
khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives says
Mujahid”(“Tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke
atas kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid”).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tak pernah menyebut isu kononnya (serbuan)
dihentikan pada waktu malam, tidak diketuk pintu, itu semua adalah tambahan
daripada editor yang mengambil rumusan mereka (daripada kenyataan saya).
“Sila rujuk kepada wawancara di dalamnya (laporan itu)
yang lebih tepat kepada maksud yang saya ingin sampaikan,” katanya kepada
stesen TV Al-Hijrah.
Mujahid berkata demikian sebagai mengulas kritikan
terhadapnya susulan laporan berita yang memetik beliau berkata bahawa pihak
berkuasa agama tidak lagi akan menahan orang Islam yang berkhalwat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Respons Mujahid berhubung isu itu dikongsi melalui rakaman
laporan Al-Hijrah yang dimuat naik di Facebook rasminya semalam.
“Kenyataan saya dalam temu bual di The Star itu, apa
yang disebut dalam kepala tajuk itu, tidak keluar dari mulut saya.
“Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan atau apa
yang dikatakan ruang awam dan ruang peribadi. Saya sorot tentang salah guna
kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan cara dan
kaedah Islam,” katanya.
Susulan laporan The Star itu, beberapa pihak tampil membidas
Mujahid dengan mendakwa beliau sebagai “menyebarkan maksiat”.
Sementara itu, NGO agama Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah
(NUNJI) hari ini tampil mempertahankan Mujahid.
Dalam kenyataan medianya, yang turut dikongsi di Facebook
Mujahid, NUNJI berkata beberapa frasa yang digunakan The Star dalam laporan
berkenaan yang telah “menimbulkan fitnah dan salah faham masyarakat”
hanyalah ayat-ayat yang ditafsirkan dan disimpulkan sendiri oleh pemberita yang
mewawancara Mujahid.
“Menteri tidak menyatakan operasi mencegah maksiat
harus dihentikan, sebaliknya beliau menegaskan tentang perbezaan ruang individu
dan ruang awam dari segi tindakan sebagai kerajaan.
“Menteri juga menjelaskan persoalan wartawan sama ada
di masa akan datang pencegah maksiat akan memecahkan pintu dan menangkap orang
yang melakukan maksiat.
“Jawapan menteri bahawa beliau akan menasihati pihak
berkuasa agensi di bawah pentadbirannya agar lebih ramah dan berhikmah dengan
tidak menceroboh ruang-ruang peribadi,” kata kenyataan media itu yang
ditandatangani ‘Gabungan Ilmuan NUNJI’.
NUNJI juga berkata semua pihak agar bertenang dan sabar
apabila menerima sesuatu berita sehingga Disahkan kebenarannya.
“Sikap gelojoh ingin membuat ulasan dan menularkan
ulasan-ulasan itu secepat mungkin bukanlah perkara yang baik, bahkan akan
menjerumuskan kita ke lembah dosa-dosa besar kerana menzalimi pihak lain,
memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruah kita akhirnya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel