Connect with us

Berita Lain

Setiap hari suatu ‘bonus’, kata Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah (tengah) beramah mesra bersama Datuk Abu Kassim
Mohamad (berkerusi roda) ketika melawat ruang pameran sempena majlis Sambutan
Hari Warga Emas Sedunia 2018 Peringkat PPUM hari ini. – Foto Bernama

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari
ini menasihati rakyat di negara ini agar menganggap setiap hari sebagai suatu
‘bonus’ dan menghabiskan hari- hari tersebut dengan melakukan kebaikan untuk
diri sendiri dan juga orang lain.
Dr Siti Hasmah, 92, berkata setiap orang perlu sentiasa
berterima kasih dan bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa bagi kehidupan yang
dikurniakan kepada mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini kita boleh buka mata setiap pagi… setiap pagi
adalah bonus bagi kita… selagi Allah rahmati kita dengan bonus yang kita
peroleh pada setiap pagi, ia bermakna kita ada lebih (masa) untuk melakukan
perkara-perkara baik,” katanya semasa merasmikan Hari Warga Emas Sedunia 2018
di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di Kuala Lumpur hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau juga menarik perhatian hadirin terhadap pengorbanan
enam penyelam Unit Penyelamat di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang
maut semasa operasi mengesan seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas
terjatuh ke dalam tasik bekas lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam
tadi.
“Satu lagi kumpulan individu yang jauh lebih muda daripada
kita mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya
sambil menyampaikan salam takziah kepada keluarga penyelam terbabit.
Terdahulu, Dr Siti Hasmah yang berbaju kurung merah jambu
meluangkan masa lebih dua jam dan turut melakukan senaman ringan bersama-sama
peserta program yang keseluruhannya terdiri daripada mereka yang berusia 65
tahun ke atas.
Beliau juga menyifatkan kehadirannya pada majlis berkenaan
membuatkan beliau “berasa muda” kerana dapat berkumpul dengan rakan
seusia meskipun memiliki jadual harian yang padat.
“Saya berasa sangat muda hari ini… dapat berkumpul seperti
ini… mereka memainkan lagu-lagu lama yang kita semua dengar sewaktu muda-muda
dahulu,” katanya.
Dr Siti Hasmah yang gembira menerima hadiah sebuah harmonika
secara berseloroh berkata beliau mungkin mainkan instrumen muzik itu untuk
suaminya (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan disambut gelak ketawa peserta yang
hadir.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel