Connect with us

Berita Lain

SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu

TAIPING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
disaran menyiasat dakwaan 40 Anggota Parlimen UMNO diramal keluar parti dan
menyertai Bersatu bagi mengelakkan kemungkinan terdapatnya unsur rasuah.
Naib Pengerusi DAP Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata
langkah itu perlu kerana dibimbangi jika ia ada melibatkan janji tawaran
jawatan dan sebagainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, daripada segi undang-undang tiada peruntukan yang
boleh menyekat penghijrahan wakil rakyat pembangkang ke parti dalam kerajaan.
“Namun begitu dari segi moral, perkara ini tidak baik
jika benar kerana mereka dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket parti asal dan
jika mereka melompat sesuka hati, senario ini tidak sihat untuk kestabilan
politik negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apakah janji dibuat kepada mereka dan adakah tawaran
jawatan dan sebagainya? Spekulasi ini saya fikir mungkin SPRM boleh siasat dan
teliti perkembangannya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan
persidangan perwakilan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung
Malaysia (Keptan) di sini, hari ini.
Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan
Alam Sekitar negeri mengulas kenyataan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi
Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin yang mendakwa kesemua anggota UMNO itu dikatakan
berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan
kepimpinan tertinggi parti.
Selain itu, Abdul Aziz berkata penghijrahan wakil rakyat
UMNO beramai-ramai ke dalam parti dalam Pakatan Harapan perlu ditangani dengan
baik.
Beliau turut meminta rakyat supaya menyuarakan pandangan dan
suara mereka terhadap spekulasi ini di samping mengingatkan media untuk
melaporkannya secara objektif tanpa disulami agenda tersendiri. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel