Connect with us

Berita Lain

SPRM, PDRM terpaksa beri tumpuan kepada kes utama, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media
bersama media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United
Kingdom semalam. – Foto Kosmo!

LONDON – Agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini
mengendalikan kes yang terlalu banyak dan terpaksa menentukan kes keutamaan untuk
didahulukan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memberikan dakwaan penyelewengan wang kerajaan oleh bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh kes prioriti,
Mahathir berkata kes berkenaan disiasat SPRM serta PDRM dan agensi berkenaan
tidak perlu melaporkan kepadanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka bertindak melalui AG (peguam negara), mereka
sudah sampaikan maklumat kepada AG, AG jalankan tugas (untuk mendakwa),”
katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri keduanya ke
United Kingdom pada Isnin.
Mahathir berkata sebarang tindakan perlu mengikut
undang-undang dan kerana itu ia akan mengambil masa untuk melalui proses
tertentu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau setakat dengar cerita sahaja pergi mahkamah
mungkin boleh kalah.Kita perlu tentukan segala dokumentasi berkenaan kejadian
itu, siap sedia dikemukakan kepada mahkamah supaya mahkamah buat pertimbangan
sewajarnya,” katanya.
Mengenai kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mahathir
berkata setakat ini, ia belum libatkan United Kingdom.
Kes 1MDB telah menarik minat beberapa negara termasuk
Amerika Syarikat dan Switzerland untuk menyiasat.
Ditanya sama ada terdapat individu yang mempunyai kaitan
dengan kes 1MDB berada di United Kingdom, Mahathir berkata: “Barangkali
tidak.”
Beliau berkata kes 1MDB adalah terlalu banyak dan akan
mengambil  masa yang panjang.
“Mahu pergi ke mahkamah, kena ada bukti yang tidak
boleh diketepikan,” katanya.
Mengenai pemburuan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau
dikenali sebagai Jho Low,  Dr Mahathir
berkata : “Kita cari dia tapi kita tak jumpa dia di mana.”
Menyentuh mengenai pertemuannya dengan Setiausaha Kabinet
Britain Mark Sedwill di Whitehall pada Isnin, Mahathir berkata kerajaan sedang
mempertimbangkan sama ada kaedah di UK mengenai pihak berkuasa yang memilih
pegawai tinggi kerajaan dan tindakan terhadap masalah keganasan dapat
dilaksanakan di Malaysia. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel