Connect with us

Berita Lain

Suspek langgar lari direman lagi lima hari, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan


SEPANG – Suspek kejadian kemalangan langgar lari di hadapan
bangunan Shaftbury Cyberjaya hingga menyebabkan kematian seorang kakitangan
Telekom Malaysia (TM) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh.
Menurut sumber, suspek dibawa ke Mahkamah Sepang di sini
untuk mendapatkan perintah reman, lapor Kosmo Online hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut dibawa untuk mendapat perintah sama ialah dua rakannya
yang merupakan warga Yemen dan Libya.
“Terdapat arahan daripada pihak pendakwa untuk suspek
ini disambung lagi reman untuk membantu siasatan.
“Siasatan terbaharu ini dilakukan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop
membenarkan kedua-dua suspek direman lima hari.
Tempoh reman tersebut bermula hari ini dan tamat pada Sabtu.
Terdahulu ketiga-tiga suspek tiba di sini untuk mendapatkan
perintah lanjut selepas tempoh reman ke atas mereka dibawah Seksyen 41 Akta
Pengangkutan Jalan 1987 berakhir hari ini dan semalam.
Khamis lalu, empat individu ditahan dan direman bagi
membantu siasatan kes langgar lari sehingga menyebabkan Wan Amirah Wan Alias,
31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas
mengalami kecederaan parah akibat dilanggar dan diseret.
Selain itu, kereta dipandu suspek yang dipercayai disewa
turut merempuh empat buah kenderaan lain yang diletakkan di kawasan itu iaitu
sebuah kereta jenisToyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan sebuah kereta
jenis Proton.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel