Connect with us

Berita Lain

ASEAN letak harapan tinggi terhadap Mahathir


SINGAPURA – ASEAN menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila pertubuhan serantau itu
mengadakan Sidang Kemuncak ke-33 ketika berlaku perubahan terhadap geopolitik
dan ekonomi.
“Beliau pemimpin paling senior dalam ASEAN. Terdapat
harapan yang begitu tinggi agar beliau memainkan peranan dari segi kepimpinan
dalam beberapa isu. Kami mendengar tentang perkara itu daripada beberapa
rundingan tidak formal,” kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau, bagaimanapun enggan menjawab apabila ditanya sama
ada ia berkaitan bagaimana untuk menangani perbalahan antara China dan Amerika
Syarikat seperti yang dilaporkan.
“Ada beberapa bidang. Tapi, kami tidak boleh menyatakan
lebih daripada itu,” katanya kepada media Malaysia yang berada di bandar
raya pulau ini menjelang berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dari 11 hingga
15 November ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini adalah lawatan rasmi pertama Mahathir ke Singapura sejak
beliau menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14
pada 9 Mei lepas.
Sidang Kemuncak ASEAN kali ini pula merupakan yang pertama
beliau hadiri selepas 15 tahun.
Pada Oktober lepas, Mahathir menghadiri Perhimpunan Pemimpin
ASEAN di Bali, Indonesia. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel