Connect with us

Berita Lain

Bajet pertama dibentangkan kerajaan baharu selepas 61 tahun



KUALA LUMPUR – Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pukul 4 petang nanti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan  kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.
Baru-baru ini Guan Eng berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.
“Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang,” kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah AS$70 setong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 setong pada masa ini.
Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejateraan rakyat.
Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.
Spekulasi tersebar mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.
Beliau berkata, pendapatan tersebut akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar dan luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah memberi jaminan yang bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.
Selain daripada dasar-dasar baharu dan langkah-langkah yang “sukar”, adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pendapatan kerajaan untuk tahun 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan  semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST.

Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel