Connect with us

Berita Lain

Disogok RM5 juta untuk maafkan Najib, polis mahu panggil Farid Kamil


SHAH ALAM, 9 Nov — Polis akan memanggil pelakon dan pengarah
Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis yang dibuat terhadap beliau
berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat
ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai
Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43
tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat
satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5
juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk
menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid
Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut
akan dipanggil dalam masa terdekat.
Tambah Fadzil lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500
Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.
Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online
pada 7 Nov lepas, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak
jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak
RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Najib dan Rosmah. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel