Connect with us

Berita Lain

Dr Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini


KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik
berkata, beliau akan melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa
(UIAM) selepas pelantikan penggantinya selesai akhir bulan ini.
“Sebenarnya saya telah pun memutuskan untuk melepaskan
jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir
dan proses pelantikan pengganti saya selesai. Saya percaya proses pelantikan
pengganti akan selesai akhir November,” katanya dalam akaun Twitter beliau
malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan Maszlee supaya melepaskan jawatan
presiden itu dengan segera.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan
dan parti telah membuat keputusan itu namun Ahli Parlimen Simpang Renggam itu
meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Maszlee berkata, beliau menghormati keputusan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kabinet dan seruan Muhyiddin berhubung isu
jawatan itu.
Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh bagi penggal
tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan
UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr. Rais Yatim yang tamat kontrak
pada Julai lepas.
Bagaimanapun, banyak pihak mempersoalkan pelantikan beliau
ke jawatan itu antaranya ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH)
untuk membebaskan institusi pendidikan daripada pengaruh politik. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel