Connect with us

Berita Lain

Kes Hasanah: Pendakwa Raya serah 46 dokumen kes pecah amanah wang kerajaan RM50.4 juta

Najib Razak menafikan memberi arahan Hasanah menulis surat
kepada CIA bagi menyokong BN. Hasanah tidak didakwa kes surat CIA sebaliknya
didakwa salahguna dana PRU14.- Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu
sebanyak 46 dokumen berkaitan kes bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang didakwa tuduhan
pecah amanah wang telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memaklumkan
perkara itu semasa sebutan semula kes di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada petang ini kami telah menyerahkan sebanyak 46 dokumen
dan ianya telah diterima oleh peguam dan masih ada beberapa dokumen yang perlu
diserahkan,” kata Muhamad Iskandar.
Antara dokumen yang diserahkan kepada pembelaan hari ini
ialah surat pelantikan Hasanah sebagai ketua pengarah penyelidikan, senarai
sitaan, invois, gambar barang kes, rakaman percakapan serta gambar lokasi di
bahagian penyelidikan manakala dokumen yang belum diserahkan termasuk laporan
forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen dan
beberapa jabatan lain serta salinan rakaman kamera litar tertutup.
Peguam Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Hasanah, 61,
mengesahkan menerima dokumen berkaitan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan untuk melengkapkan
dokumen berkaitan bagi tujuan penyerahan kepada pihak pembelaan mengikut
Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah selewat-lewatnya pada 3 Januari tahun
hadapan serta menetapkan tarikh  sama
untuk sebutan semula kes.
 Peguam, Datuk
Shaharudin Ali yang turut mewakili Hasanah memberitahu mahkamah bahawa Hasanah
tidak dapat membayar yuran guaman kerana akaunnya dibekukan dan memohon akaun
itu dilepaskan.
“Sejak tertuduh ditangkap, akaun beliau telah dibekukan,
yang terkandung dalam akaun bank hanyalah wang pencen dan gratuiti yang
diterima tertuduh. Ia tiada mengena dengan lain-lain wang yang dicurigai.
“Sekiranya akaun dibekukan, pihak tertuduh tidak dapat
membayar yuran guaman kepada kami. Di bawah aturan manakah SPRM membekukan
akaun tersebut. Saya faham ini bukan sebahagian dari prosiding pengurusan kes
tetapi kami memohon melalui Yang Arif untuk akaun ini dilepaskan,” kata peguam
itu.
Khairul Azam juga menambah pihaknya juga telah menulis tiga
keping surat kepada SPRM dan pegawai penyiasat kes berhubung perkara itu namun
mendakwa mereka diperlakukan seperti bola apabila pihak terbabit memberi
jawapan tidak jelas.
Hakim Rozina kemudian meminta pihak pendakwaan merujuk
semula perkara itu kepada pihak SPRM dan memberi respon kepada permohonan
pembelaan itu.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara,
Shaharudin berkata pihaknya akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu
ke Mahkamah Tinggi dan akan memohon untuk kes itu didengar di hadapan hakim
yang tidak mendengar kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kes Hasanah
tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Pada 25 Oktober lalu, Hasanah mengaku tidak bersalah atas
pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah USD 12.1 juta milik kerajaan
Malaysia, di Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei
2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan
sebatan, dan boleh juga dikenakan denda. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel