Connect with us

Berita Lain

Wayang kulit Najib di sebalik arahan pinda laporan audit 1MDB

Najib Razak menafikan cubaan menutup skandal 1MDB dengan
mengeluarkan maklumat mengenai Jho Low dalam laporan audit. – Foto Bernama
oleh Shahbudin Husin
Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas,
tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak
langsung mengakui
beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan
audit 1MDB.
Berhubung pendedahan Ketua Audit Negara, Dr. Madinah Mohamad
bahawa Najib melalui Ketua Setiausaha Sulitnya ketika itu, Shukry Salleh yang
mengarahkan pindaan itu, peguam Shafee Abdullah berkata, maklumat yang
dikeluarkan daripada laporan audit itu bukanlah perkara yang baru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Maklumat yang dikeluarkan itu, salah satunya ialah mengenai
kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Najib dalam kenyataannya kemudian juga menegaskan, maklumat
berkaitan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB yang
dikeluarkan daripada laporan audit itu sama sekali bukan perkara baru.

Kata beliau, maklumat tersebut sudah pun disebut dan
dilaporkan sejak tahun 2015 lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menafikan tindakan mengeluarkan
maklumat itu sebagai percubaan untuk menutup sesuatu berkaitan skandal 1MDB.
Tetapi, jika ia bukan maklumat baru dan tidak pula sebagai
percubaan menutup skandal 1MDB, mengapa ia diarah dipadamkan daripada laporan
audit itu?
Bukankah maklumat itu sepatutnya dibiarkan saja ada dalam
laporan audit?
Sudahlah begitu, selepas maklumat tersebut dikeluarkan,
laporan audit itu kemudiannya diletakkan pula di bawah Akta Rahsia Rasmi atau
OSA
.
Makna kata, setelah pindaan dibuat dengan membuang maklumat
mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, laporan audit
itu akhirnya tidak boleh dibaca oleh sesiapa akhirnya kerana telah diletakkan
di bawah OSA.
Jadi, untuk apa diarahkan pindaan jika akhirnya ia
diletakkan di bawah OSA?
Kebiasaannya, oleh kerana tidak ada pindaanlah maka barulah
logik laporan audit itu diletakkan di bawah OSA.
Apa Najib buat ni?
Sebenarnya, di sinilah terletaknya wayang kulit yang cuba
Najib pentaskan untuk menyelamatkan dirinya dan melindungi Jho Low dalam
skandal 1MDB.
Najib memang mahu pada akhirnya laporan audit itu didedahkan
kepada umum untuk membuktikan beliau bersih dan tidak melindungi apa-apa atau
sesiapa dalam skandal 1MDB yang menjadi perbualan di seluruh dunia.
Tetapi, sementara beliau mengarahkan Kementerian Kewangan
membayar hutang-hutang 1MDB dan menyelesaikan beberapa perkara lainnya, laporan
audit itu perlu diOSAkan terlebih dahulu.
Ia bagi memberi ruang agar beban hutang 1MDB dapat
dikurangkan secara perlahan-lahan, sambil dalam waktu yang sama beliau berusaha
memenangi PRU14 yang lalu.
Perkara pokok yang penting bagi Najib untuk menutup “kurap
dan pekung” 1MDB
ialah BN menang PRU14.
Apabila dalam tempoh beberapa tahun selepas PRU14 dan dalam
keadaan BN kekal berkuasa serta beban hutang 1MDB juga berjaya dikurangkan,
maka pada ketika itulah Najib akan tampil menunjukkan keikhlasannya dengan
melepaskan laporan audit yang diOSAkannya itu untuk bebas dibaca oleh rakyat
seluruhnya.
Sudah tentu laporan audit yang sudah dilepaskan daripada OSA
dan boleh dibaca oleh rakyat itu tidak ada langsung menampakkan apa-apa yang
sumbing atau sumbang sama ada berkaitan Najib sendiri atau campurtangan Jho Low
dalam urusniaga 1MDB kerana segala-galanya telah pun dipadamkan.
Tambahan lagi ketika itu BN telah pun diberi mandat untuk
berkuasa dan Najib masih lagi merupakan Perdana Menteri.
Najib akhirnya dapat membuktikan tiada apa-apa skandal dalam
1MDB, malah dengan sikap telus yang ditunjukkannya, dirinya juga akan ternampak
suci bersih bersamanya.
Malangnya, semua wayang kulit Najib itu tidak menjadi kenyataan
sebagaimana cuba dirancang apabila BN kalah PRU14 dan beliau sendiri tersingkir
sebagai Perdana Menteri.
Bahkan dengan perkara itu terdedah sekarang ini, Najib dan
beberapa pegawai kerajaan lain yang tunduk kepada arahannya itu bukan saja akan
disiasat satu persatu, malah tidak mustahil turut dihukum secara bersama atas
perbuatan yang jelas suatu pengkhianatan kepada negara.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili
pendirian Malaysia Update.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel