Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu yakin dapat rampas Kelantan pada PRU-15

Amanah kini menerima purata 10,000 keanggotaan baharu
sebulan di seluruh negara dan yang paling ramai ialah dari Kelantan ketika ini.
— Foto oleh Shafwan Zaidon

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan dapat
mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang
berikutan perkembangan positif dari kalangan rakyat negeri itu terhadap Amanah
ketika ini.
Presidennya Mohamad Sabu berkata parti itu kini menerima
purata 10,000 keanggotaan baharu sebulan di seluruh negara dan yang paling
ramai ialah dari Kelantan ketika ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Disebabkan perkembangan itu, saya yakin pada pilihan
raya umum ke-15 nanti, kita boleh mengambil alih pentadbiran di sana,”
kata beliau dalam ucapan di Konvensyen Amanah peringkat negeri Johor di Dewan
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan
Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor Datuk Osman
Sapian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad berkata
negara-negara Arab perlu mengikuti contoh bagaimana negara-negara Asean
bekerjasama dan memahami sesama sendiri.
Menurut beliau jika dilihat negara-negara Arab, penduduknya
mempunyai bahasa dan kepercayaan yang sama, namun mereka tidak boleh
bersama-sama, berbeza pula dengan Asean.
Katanya meskipun hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja
yang merupakan negara yang mempunyai penduduk yang majoriti Islam manakala yang
lain adalah negara-negara bukan Islam, tetapi mereka masih boleh bekerjasama. –
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel