Connect with us

Berita Lain

Sri Ram: 99.9 peratus dokumen telah diserah kepada peguam Rosmah

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur diberitahu hampir 99.9
peratus dokumen berkaitan kes isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah
Mansor yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram
dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
telah diserahkan kepada pihak pembelaan dalam kes itu.
Perkara itu dimaklumkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan pada prosiding
sebutan semula kes hari ini di hadapan Hakim Azura Alwi.
“Kami telah menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun
Tatacara Jenayah kepada pihak pembelaan,” kata Sri Ram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili
Rosmah memaklumkan pihaknya telah menerima 600 muka surat dokumen berkaitan kes
itu pada 30 Okt lepas.
“Kami cadangkan sebulan untuk sebutan semula kes. Kami belum
berkesempatan untuk meneliti dokumen itu,” katanya menambah hanya satu dokumen
belum lagi diperolehi iaitu penyata bank.
Pihak pembelaan turut memaklumkan akan membuat permohonan
untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Azura kemudian menetapkan 6 Dis untuk sebutan semula kes.
Rosmah, 67, yang memakai baju kurung jingga kekuningan
sedondon dengan selendangnya kelihatan tenang di kandang tertuduh dan ketika
prosiding berlangsung, seorang pembantu wanitanya dilihat sempat meletakkan
bantal kecil sebagai penyandar di belakang Rosmah.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, seorang lagi
peguam yang mewakili Rosmah iaitu Datuk Geethan Ram Vincent berkata pihaknya
akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi secepat
mungkin sebelum 6 Dis.
Pada 4 Okt lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram
berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada
LHDN.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Rosmah didakwa
telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu dengan melibatkan diri
secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram
berjumlah RM1.1 juta dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad milik Rosmah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad,
Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4
Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017.
Bagi pertuduhan pertama hingga kelapan, dia dituduh mengikut
Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang
memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan sembilan hingga ke-12, Rosmah
didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam 227 transaksi yang
melibatkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,997,750 yang dimasukkan
ke dalam akaun Affin Bank Berhad milik rosmah.
Pertuduhan kesembilan hingga ke-12 dibuat mengikut Seksyen
4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)
akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak
kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau
peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, atau
yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rosmah juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan
gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan kepada ketua pengarah LHDN.
Mengikut pertuduhan ke-13 hingga ke-17, dia didakwa
melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada
sesuatu aktiviti haram gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan, kesemuanya
berjumlah RM7,097,750.00 yang telah dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad
miliknya antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017.
Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77(1) Akta
Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata bagi tahun taksiran
antara 2013 dan 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum
30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah
bertentang dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Lembaga Hasil
Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari
1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Bagi pertuduhan ke-13, Rosmah didakwa mengikut Seksyen
4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama yang
memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ke-14 hingga ke-17, dia didakwa mengikut
Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15
tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada
aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan
atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel