Connect with us

Berita Lain

Tiada keperluan tandatangani Icerd, kata Bersatu

Foto TMI

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulangi
pendiriannya tidak menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Setiausaha Agungnya Marzuki Yahya berkata banyak lagi
konvensyen berhubung hak asasi manusia yang boleh diberi penekanan namun Icerd
bukan salah satu daripadanya.
“Icerd ini semua sedia maklum Timbalan Presiden Bersatu
(Mukhriz Mahathir) dah keluar kenyataan menjelaskan kita (Bersatu) tak
menerimanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bersatu sama sekali menolak dan tidak mengakui Icerd
salah satu tuntutan yang patut kita tandatangan,” katanya kepada pemberita
selepas mengadakan perjumpaan dengan Bersatu Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md
Jidin dan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Nor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 9 November lepas, Mukhriz dilaporkan berkata tiada
keperluan untuk negara menandatangani Icerd kerana ia tidak bersesuaian dengan
situasi ‘unik’ di negara ini.

Mengulas mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rantau yang bakal diadakan semula, Marzuki berkata Bersatu akan menyokong calon
yang akan diletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi berkenaan.
Semalam, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban memutuskan bahawa
kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan pilihan raya semula DUN itu perlu
diadakan serta-merta.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno menang tanpa
bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S Streram dilarang masuk ke
pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berikutan itu, pada 23 Mei, Dr Streram, seorang pakar bius,
memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon pilihan raya DUN itu diadakan
semula, kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel