Connect with us

Berita Lain

‘Tiada masalah kalau mahu berpantun’ – Mat Sabu


JAKARTA- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menegaskan
“tiada bermasalah untuk berpantun” di majlis kementeriannya, namun ia
perlulah mengikut kesesuaian majlis.
“Tiada masalah, datanglah ke majlis kami, majlis
meraikan veteran, majlis makan malam, penuh dengan pantun.
“Tapi adalah tempat tertentu (yang tidak berpantun),
takkan lah di majlis berkawad pun hendak berpantun,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas
penasihat sosio budaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim mempertikaikan arahan
larangan berpantun dalam majlis rasmi ATM.
Rais menerusi ciapan Twitternya turut berkongsi surat
perkeliling bertarikh 2 November, ditandatangani Ketua Staf Markas ATM, Datuk
Kamalruzaman Mohd Othman, yang menyatakan arahan larangan penggunaan pantun di
dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM.
Mohamad menegaskan perkara sepatutnya tidak dipolemik atau
dipolitikkan oleh mana-mana pihak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan hormat kepada rakan
sejawatnya, Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu, dalam satu acara
berasingan bersempena program Pameran Indo Defence 2018 di sini.
Berkenaan pertemuan dengan Ryamizard, Mohamad berkata
pertemuan itu membincangkan usaha mengukuhkan lagi hubungan pertahanan
kedua-dua negara.
Katanya kedua-dua mereka bersetuju meningkatkan lagi kawalan
keselamatan di sempadan terutamanya di Kalimantan dan Laut Sulu yang turut
melibatkan Filipina.
“Kami juga bersetuju untuk memperbanyakkan lagi pos
keselamatan di sempadan di Kalimantan, kita akan perbanyakkan pos kawalan
bersama,” katanya.
Mohamad berada di Jakarta sejak semalam bagi mengikuti
pameran Indo Defence 2018, selain turut mempromosikan Pameran Antarabangsa
Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (Lima’19) yang akan berlangsung pada 26
hingga 30 Mac 2019.
Semalam beliau turut merasmikan pameran “Pavilion
Malaysia” bersempena pameran Indo Defence 2018 yang berlangsung di Jakarta
International Expo di Kemayoran, di sini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel