Connect with us

Berita Lain

Tok Pa tidak gembira dengan Najib, tapi takut – Dr M

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
mendedahkan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed beberapa kali
bertemunya semasa masih menjadi menteri.
Menurutnya, Mustapa menyatakan rasa tidak gembira dengan
pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Semasa dalam Kabinet Najib, beliau banyak kali bertemu saya.
Dia tak gembira tapi dia takut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Banyak orang takut pada Najib, saya pun takut juga
(seloroh),” katanya dalam sidang media Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan
Perdana, di sini, petang tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung
keputusan Bersatu menerima Mustapa walaupun beliau sebelum ini berkhidmat
dengan Kabinet dipimpin Najib.
Menurut laporan Sinar Harian lagi, Mustapa yang juga bekas Pengerusi Umno Kelantan menyertai
Bersatu Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti
itu, Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Beliau yang juga bekas Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri membuat
keputusan berkenaan selepas lebih sebulan mengumumkan menjadi ahli Parlimen
Bebas apabila meninggalkan Umno.
Menurutnya, keputusan memilih wadah perjuangan politik baru
itu diambil kerana beliau percaya ia memberi peluang buat dirinya memainkan
peranan lebih berkesan sebagai wakil rakyat.
“Setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas selama beberapa minggu
dan meneliti perkembangan politik semasa, saya telah mengambil keputusan untuk
menyertai Bersatu.

“Saya percaya ia akan memberi peluang untuk saya memainkan
peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan
rakyat Kelantan secara keseluruhannya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel