Connect with us

Berita Lain

Wan Azizah nafi dakwaan Zuraida


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan
bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur-unsur sabotaj dalam pemilihan
parti itu seperti didakwa ketua wanitanya Zuraida Kamaruddin.
Menurut Dr Wan Azizah selain tiada isu penafian dalam parti
beliau juga mahu semua pihak tidak cuba untuk membayangkan bahawa parti itu
bermasalah.
“Tidak ada penafian. Kalau ada sesuatu kita akan ambil
tahu,” katanya kepada pemberita semasa melawat Rumah Rengayan Anak
Ngumbang di Nanga Ruyak di Julau, Sarawak hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Zuraida pada akhir bulan lalu yang berkata pucuk pimpinan parti perlu bangkit
daripada sindrom penafian dan memandang serius kemungkinan wujud unsur sabotaj
pada pemilihan PKR kali ini.
Zuraida yang bertanding jawatan naib presiden berkata isu
berkenaan memerlukan penyelesaian segera secara tuntas kerana boleh merosakkan
keseluruhan sistem pemilihan.
Dr Wan Azizah berkata beliau mahu pemilihan PKR dijalankan
secara bersih dan adil, termasuk tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan
atau jawatan di dalam kerajaan yang boleh menghalang anggota parti membuat
pemilihan secara demokratik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“PKR mahukan agar pemilihan ini dijalankan secara
lancar dengan semua ahli boleh membuat pilihan masing-masing secara bebas.
“Biarlah ia dijalankan secara sihat tanpa menggunakan
jentera kerajaan kerana ada di antara mereka yang bertanding adalah (memegang
jawatan) di dalam kerajaan. Ini supaya calon-calon dapat bertanding di atas
padang yang sama rata,” katanya.

Beliau juga berkata kemuncak pemilihan parti itu akan
diadakan pada 10 Nov di 29 cabang-cabang di Sarawak.
Dr Wan Azizah mengakui terdapat masalah capaian internet
bagi pengundian yang dijalankan secara dalam talian di beberapa cabang seperti
Julau yang hanya mempunyai capaian 10 peratus sahaja.
“Kita (akan) adakan kongres dan kita mahukan agar
pemilihan dijalankan mengikut jadual,” katanya.
Katanya beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan
Parti untuk menentukan penangguhan pemilihan apabila berlaku masalah teknikal.
Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri
mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembinaan jalan ke Rumah
Rengayan yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel