Connect with us

Berita Lain

Kerajaan umum turunkan harga minyak mulai 1 Januari 2019


KERAJAAN akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum
termasuk RON95 kepada harga lebih rendah mulai 1 Januari ini berikutan penetapan
harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan dan sejajar dengan trend
penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, perkara itu akan
memberikan kelebihan kepada pengguna jika harga minyak dunia sedang naik, namun
disebabkan trend harga minyak adalah menurun, maka kerajaan bersedia menukarkan
asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.
“Ini bermakna kaedah penetapan harga secara bulanan di
bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga
jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia menurun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara
mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna
menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga
petroleum di pasaran dunia.
“Justeru, harga runcit produk petroleum dijangka turun
mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia
diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Harian Metro.
Bermula 7 Jun lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol
RON95 dan diesel masing-maisng pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.
Guan Eng berkata, timbul persoalan apa akan berlaku jika
harga minyak dunia naik semula kerana ia akan memperlihatkan kenaikan harga
minyak runcit yang akan turut naik setiap minggu.
Katanya, dalam keadaan itu, kenaikan harga minyak runcit
akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk
diesel.
“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan
pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019.
“Ini selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14) Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan
membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu
golongan B40 dengan subsidi bersasar apabila harga minyak naik,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel