Connect with us

Berita Lain

PAC puas hati Madinah beri banyak maklumat laporan audit 1MDB dipinda

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) berpuas hati
dengan prosiding keterangan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad
arahan pengguguran perenggan berkaitan Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan
1MDB.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata,
prosiding keterangan yang disampaikan Madinah hari ini selari seperti
dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar beliau pada 25 November lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita mendapatkan keterangan prosiding hari ini memuaskan
hati PAC, banyak keterangan kita peroleh. Kita dapat banyak keterangan daripada
Madinah dan pasukannya,” katanya dipetik Sinar Harian selepas mempengerusikan
mesyuarat PAC, hari ini.
“Sesi mengambil keterangan daripada Madinah selesai dan
tiada keperluan untuk memanggilnya semula tetapi esok kita akan pegawai
Pengauditan Kertas Kerja dan Bukti Jabatan Audit Negara, Saadatul Nafisah
Bashir Ahmad, pesara daripada skuad senior pejabat audit negara,” katanya.
Madinah yang ditemui selepas sesi prosiding ketika ditanya
adakah beliau turut mengemukakan bukti arahan itu datangnya daripada bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya telah bagi semua keterangan kepada PAC, bergantung
kepada Pengerusi PAC untuk memaklumkannya,” katanya dipetik Sinar Harian.
Pada 25 November lalu, perenggan berkaitan kehadiran ahli
perniagaan yang diburu Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB
diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas ketua
setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26
Februari 2016 atas alasan mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang
ketika itu.
Untuk rekod, Tan Sri Shukry Salleh baru-baru ini dipecat
serta-merta dari kedudukannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel