Prosiding terakhir pada tahun ini itu menyaksikan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad disiasat selama dua jam. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh memaklumkan, pihaknya berpuas hati dengan keterangan Saadatul Nafisah dan kenyataan beliau sememangnya membantu PAC membuat kesimpulan.

“Prosiding, maklumat atau keterangan yang diberikan tidak dapat saya maklumkan kerana kekangan perintah tetap.

“Namun kenyataan diberikan amat berguna kepada PAC dan membantu dalam membuat kesimpulan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhir prosiding di Bangunan Parlimen, hari ini.

Kah Woh berkata, Saadatul Nafisah memberi keterangan secara lisan seperti mana dilakukan dua saksi sebelum ini.

Jelas beliau, PAC tidak menerima sebarang bukti bercetak daripada beliau, kecuali daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad yang telah menyerahkan salinan laporan audit yang mula-mula dicetak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Sementara itu, Saadatul Nafisah ketika ditemui enggan mengulas lanjut berkenaan siasatan yang dikenakan terhadap beliau. 

– UTUSAN ONLINE