Connect with us

Berita Lain

Syed Saddiq jawab Ramasamy: ‘Jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini’

Foto oleh mStar 

Saya tidak masuk politik untuk play safe. Saya tidak masuk
politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut
dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.
Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah.
Saya tidak akan memohon maaf hanya kerana berterus-terang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Saya cadangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P
Ramasamy
juga ambil tindakan ke atas Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin yang
turut menyuarakan kebimbangan yang sama (mendesak P Waythamoorthy letak
jawatan). Bukankah beliau rakan sekerja anda di Pulau Pinang?

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas
Pemuda Amanah Terengganu kerana “menghina kebijaksanaan Tun” apabila
mencadangkan P Waythamoorthy digantikan dengan Nurul Izzah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Jangan lupa “sekolahkan” Penasihat Media Perdana
Menteri, A Kadir Jasin sekali.
Sayap pemuda parti tuan sendiri mendesak Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik agar letak jawatan (nota editor: Pemuda DAP Sarawak telah
menarik balik desakan itu). Tapi bila ada pimpinan pemuda Bersatu buat desakan
yang sama, kita dituduh mengkhianati Pakatan Harapan (PH), dituduh memainkan
sentimen perkauman, dituduh seperti Umno dan PAS.
Ini tiada kaitan dengan kaum. Ini tentang setuju untuk tidak
bersetuju
, untuk tidak menekan hak mana-mana pihak menyuarakan pandangan.
Sebagai ketua pemuda Bersatu, saya bertanggungjawab bagi
membenarkan rakan-rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan
mereka. Kita percaya dengan slogan “berani kerana benar”.
Jadi YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak
muda ini.
*SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda Bersatu
dan kini merupakan menteri belia dan sukan. 
Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian
kami di Malaysian Update.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel