Connect with us

Berita Lain

Zeti ingatkan TH tapi penyokong Najib tak hirau

Penasihat media perdana menteri Datuk A Kadir Jasin secara
peribadi mengulas isu skandal Tabung Haji. – Foto Zeti oleh Free Malaysia Today
oleh Kadir Jasin
Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih
pentadbiran negara daripada BN pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan
terbongkar
.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan
iaitu bawah telunjuk bekas perdana menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak,
kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.
1MDB, Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa
yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang.
Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya
yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO)
melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.
Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana untuk pilihan raya
umum 2013 bagi pihak BN sambil mengisi kocek konco, kawan dan rakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ladang dan aset Felda yang dulunya digunakan untuk menjana
pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah
jatuh dipindahkan kepada FGV.
Oleh sebab kaedah korporat yang tidak lestari serta
penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum – daripada harga
IPO RM4.55 kepada 77 sen
sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan tambahan
untuk Felda.
Akibat manipulasi korporat melalui FGV inilah Felda
mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika
harga kelapa sawit dan getah jatuh.
Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani proses pembersihan
dan pembinaan semula.
Sekarang giliran TH pula. Apa lagi hendak kita katakan
apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan memperkukuhkan ekonomi umat
Islam pun dinodai?
Buat sekian lama kita mendengar berita dan dakwaan mengenai
penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya apabila orang
kesayangan keluarga Najib, Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik menjadi pengerusi
pada bulan Julai 2013.
Tetapi semuanya dinafikan dan orang yang membuat pendedahan
dikutuk dan dikenakan tindakan. Media massa arus perdana turut bersubahat
menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar.
Daripada kenyataan media Dr Mujahid Yusof, menteri di
Jabatan Perdana Menteri pada 10 Disember 2018, kita dapati sebaik saja Abdul
Azeez menerajui TH, pelanggaran urus tadbir mula berlaku.
Dasar duit tunai adalah raja (cash is king) atau lebih tepat
amalan menggunakan duit tunai bagi membeli undi mula diamalkan dengan membelakangkan
undang-undang tubuh TH sendiri.
Hibah (dividen) diisytiharkan dan dibayar walaupun tidak
memenuhi syarat. Sejak tahun 2014 hingga tahun kewangan 2017, hibah dibayar
walaupun dua syarat wajib tidak dipenuhi.
Dua syarat wajib itu adalah (1) aset (harta) tidak boleh
kurang daripada liabiliti (hutang) dan (2) ada keuntungan yang boleh diagihkan.
Inilah yang diingatkan oleh Zeti Akhtar Aziz ketika beliau
menjadi gabenor Bank Negara. Dalam surat kepada pengurusan TH pada tahun 2015,
Zeti memberi ingatan bahawa TH tidak lagi boleh membayar hibah kerana hutangnya
melebihi harta. Masa itu nisbahnya adalah 98 sen harta bagi setiap RM1 hutang.
Namun begitu, bukan saja peringatan sukarela beliau itu
tidak dihiraukan sebaliknya disanggah oleh para penyokong dan penggilap apel
Najib seperti ketua pemuda Umno sekarang, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Syukur kepada Tuhan pintu hati saya dibuka untuk membantah
pelantikan Abdul Azeez dalam tulisan-tulisan saya kerana saya tahu sedikit
sebanyak sejarah TH dan kenal siapa Abdul Azeez.
Akaun tahun kewangan 2017 TH yang dibentangkan di Parlimen
semalam (10 Disember) menunjukkan aset keseluruhan TH sebanyak RM70.3 bilion
manakala liabiliti (hutang/tanggungan) RM74.4 bilion. Ini bermakna TH mengalami
defisit (kekurangan) RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.
Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, pengisytiharan dan
pembayaran hibah bagi tahun 2017 (yang dibuat Februari lalu) melanggar Akta
Tabung Haji 1995.
Najib ketika mengalu-alukan pengisytiharan hibah itu
dilaporkan berkata bahawa kecekapan pengurusan TH membolehkan kadar yang lebih
tinggi dibayar.
Kata Mujahid: “TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan
ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti,” kata beliau.
Inilah yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah dan
pengurusan baru TH yang dilantik oleh kerajaan PH mulai Julai lalu. Banyak lagi
yang perlu dilakukan bagi mengembalikan TH ke landasan kewangan dan pengurusan
haji yang betul dan lestari.
Izinkan saya membuat pemerhatian ringkas. Rasanya amat sesuai
bagi kerajaan dan pengurusan TH membaca balik dokumen dan sejarah TH mulai
1963.
Ada dua tujuan utama TH ketika itu. Pertama mengurus
pengerjaan haji oleh orang Islam Malaysia dan kedua memudah serta menggalakkan
orang Islam menabung.
Pertama saya tidak pasti apa peranan subsidi haji dan
kegiatan pelaburan TH. Apakah kaitan penunaian haji dengan subsidi kalau
kewajipan haji adalah ke atas orang yang mampu sahaja?
Kedua mengenai kegiatan pelaburan yang nampaknya menjadi
keutamaan dan kegilaan (obsession) pengurusan TH. Adakah ini matlamat TH?
Harus ada perbezaan di antara menabung untuk mengerjakan
haji dengan melabur. Serentak itu, kita tidak mahu orang Islam menabung sekadar
untuk melayakkan diri mendapat subsidi.
Justeru itu, isu subsidi haji dan pelaburan ini wajib dikaji
semula dan difahami di segi agama dan perniagaan. Adakah TH agensi perniagaan
yang matlamatnya keuntungan atau agensi pengurusan haji dan penabungan?
Menurut Dr Mujahid, lembaga pengarah TH telah mencadangkan
rancangan pemulihan yang membabitkan penubuhan sebuah badan khas – special
purpose vehicle atau SPV.
SPV ini akan ambil alih, pulihkan dan maksimumkan nilai
harta TH yang sekarang rendah prestasinya. Dengan itu beban hutang TH dapat
dikurangkan atau dimansuhkan terus.
Kata Dr Mujahid, pelan itu telah diteliti dan diberi sepenuh
sokongan oleh kabinet. Selaras dengan itu, kerajaan telah bersetuju meletakkan
TH bawah pengawasan Bank Negara.
“Bagi memastikan pelan jangka masa panjang yang mapan,
kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH bawah pengawasan Bank Negara
Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019 ,” kata Dr Mujahid.
Dulu lain sekarang lain. Sewaktu TH diasaskan pada tahun
1963, niatnya suci dan orang yang dilantik bagi menguruskannya terdiri daripada
orang yang berkepakaran dan amanah. Bukan jenis cium tangan.
Masa itu perdana menteri, almarhum Tunku Abdul Rahman
Putera
, tidak berpura-pura tunjuk alim. Orang Islam pun belum tergila-gila
berjubah macam orang Arab. Tetapi mereka ikhlas dan amanah.
Kesimpulannya, dalam kita berusaha memulihkan TH, kita
hendaklah kembali ke pangkal jalan bagi memahami dan menghayati tujuan asal
penubuhannya.
Kita perlu pastikan sama ada melabur, membuat keuntungan,
membayar hibah dan memberi subsidi adalah sebahagian daripadanya.
TH rosak kerana melantik orang yang tidak amanah dan tidak
berpengetahuan atau juga kerana terlalu mengejar keuntungan seolah-olah ia
adalah badan perniagaan.
Mulai sekarang, lebih kita pagar sawah bendang kita daripada
asyik marahkan pegar. Menang tabiat semula jadi burung pegar makan padi. Kalau
kita harapkan pegar menjaga padi, menang bodohlah kita.
A KADIR JASIN ialah penasihat media perdana menteri dan
pemimpin pusat BERSATU. Beliau berkata tulisan ini pandangan peribadinya.
*Artikel ini dimuat naik kali pertama di blognya dan tidak
semestinya mewakili pendirian Malaysian Update.
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel