Connect with us

Berita Lain

Azeez berdepan 12 tuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta, abang dituduh bersubahat

Foto Bernama

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sembilan tahun lalu.
Abdul Azeez, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu didakwa atas tiga pertuduhan
menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas
Sdn. Bhd., Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah sebagai upah kerana telah membantu
syarikat tersebut mendapatkan projek-projek pembinaan jalan raya di Perak dan
Kedah antara 8 Disember 2010 dan 10 April 2018.
Menurut laporan Utusan Online lagi, beliau turut didakwa atas sembilan pertuduhan melakukan
pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah hampir RM140 juta daripada
empat buah syarikat dan perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Lembah Klang
di sini antara tahun 2010 dan 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Datuk Abdul Latif, 61, yang merupakan abang
kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu turut mengaku tidak bersalah
atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez menerima rasuah berjumlah RM4
juta bagi beberapa projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya.
Pendakwaan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan
yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala
kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed
Yunoos, M. Athimulan dan Hisyam Teh Poh Teik.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Advertisement
Mahkamah membenarkan Abdul Azeez diikat jamin RM800,000
manakala Abdul Latif diikat jamin RM500,000 masing-masing dengan seorang
penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa mereka diserahkan
kepada mahkamah.
Sebutan kes ditetapkan 27 Mac ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel