Connect with us

Berita Lain

Bapa mengaku salah simbah 2 anak dengan air panas

Foto NSTP

Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di
George Town hari ini atas dua pertuduhan menyimbah dua anaknya dengan air
panas, bulan lepas.
Eddy Noramin Ramli, 41, membuat pengakuan itu setelah
pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Radzuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman ke atas bapa
kepada empat anak itu kerana menunggu laporan perubatan mangsa dan menetapkan
12 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman.
Sejurus itu, peguam Edmund Anthony Herman yang mewakili
tertuduh memohon mahkamah membenarkan tertuduh dibebas dengan jaminan terlebih
dahulu sementara menanti keputusan untuk hukuman.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut peguam itu, Eddy Noramin, ejen jualan kad prabayar,
perlu menyara empat anaknya dengan pendapatan hanya RM500 sebulan dan isteri
tidak bekerja.
Mahkamah kemudian membenarkan Eddy Noramin diikat jamin
dengan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin
berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati kedua-dua mangsa.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan niat
mencederakan anak perempuannya berusia sembilan tahun, menggunakan air panas
hingga melecur badan mangsa di rumah mereka di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam,
di George Town, antara jam 1.00 pagi dan 2.00 pagi, 28 Dis lepas.
Dalam pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan perbuatan
sama terhadap anak lelakinya yang berusia 10 tahun di tempat, masa dan tarikh
sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan. Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasinnisa Begam Seeni Mohideen.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan bapa seorang
kanak-kanak perempuan yang melecur di beberapa bahagian badan dipercayai
disimbah air panas oleh bapanya setelah dia dipercayai menghabiskan makanan
keluarganya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel