Connect with us

Berita Lain

Duta Palestin sedih hanya Dr Mahathir sendirian tentang Israel

Duta Palestin ke Malaysia H E Walid Abu Ali berucap ketika
Majlis Pelancaran Kempen #WeAreAllMary Gerakan Solidariti untuk Pembebasan
Wanita Al-Quds semalam. — Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR — Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu
Ali berkata suara lantang Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh
dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu.
“Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan
Dr Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana,
malangnya, turut menyaksikan negara-negara Arab lain turut mendiamkan diri
dalam perkara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka
yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa
untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan
Malaysia dan pemimpinnya.
“Saya harap kita dapat elakkan ‘double standards’ apabila
timbul isu Israel dan Palestin.”
Duta itu berkata demikian kepada Perkhidmatan Berita
Antarabangsa Bernama ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik
Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang
Para Dunia 2019 susulan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan perenang
Israel mengambil bahagian dalam acara tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walid ditemui di luar pelancaran kempen #WeAreAllMarry,
anjuran bersama Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP)
serta Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), yang berlangsung di sini
semalam.
Walid merasmikan kempen global itu, yang dipelopori sebuah
organisasi berpangkalan di Turki, The International Union of Al-Quds Cultural
Education and Research (UKAED), yang menyaksikan penyertaan lebih 30 negara
termasuk Indonesia, Brazil, Kenya, Kanada, United Kingdom, Pakistan dan Rusia.
Mengulas hubungan dua hala, Walid berkata rakyat Palestin
sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan
tidak berbelah bahaginya terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.
Di bawah kepimpinan semasa Dr Mahathir, yang beliau sifatkan
sebagai tegas dalam menonjolkan isu Palestin, Walid juga berkata sokongan
pendidikan adalah satu daripada tonggak utama bagi hubungan dua hala.
Merujuk kempen #WeAreAllMarry yang menggariskan satu projek
bagi menyediakan biasiswa pendidikan kepada sekurang-kurangnya lima rakyat
Palestin dalam kalangan negara peserta, Walid berkata beliau bersyukur dengan
usaha yang ditunjukkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang
bekerja dengan penuh dedikasi untuk Palestin.
“Malaysia sentiasa menjadi penyokong kuat, secara politik,
kepada Palestin. Mereka sentiasa menunjukkan solidariti mereka di peringkat
tempatan, serantau dan antarabangsa. Tiada sebarang keraguan tentang perkara
ini.
“Tonggak kedua ialah sokongan pendidikan. Kami mempunyai
kira-kira 2,000 pelajar Palestin di universiti-universiti Malaysia, di semua
peringkat.
“Mereka diberikan layanan yang sama dengan rakyat Malaysia.
Di sinilah Malaysia sekali lagi menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah
bahagi kepada perjuangan Palestin.
“Oleh kerana kami benar-benar yakin bahawa pendidikan adalah
alat untuk membebaskan Palestin, maka di mana sahaja kami berada, kami akan
berusaha mencari pendidikan dan kami amat bersyukur atas sokongan yang telah
diberikan kepada kami, setakat ini,” katanya.
Pada Isnin malam, menerusi satu posting blog yang keras
bertajuk ‘A Genocidal State,’ Dr Mahathir berkata Israel adalah sebuah negara
penjenayah yang perlu dikecam.
“Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan
masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. 
“Keganasan  bukanlah
satu jawapan. Satu strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan
kepada rakyat Palestin,” kata perdana menteri dalam posting di blognya. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel