Connect with us

Berita Lain

Kes rasuah Najib: 421 dokumen diserah kepada peguam

Foto oleh Berita Harian

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu 421
dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas empat
pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi
tujuan perbicaraan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk
Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika pengurusan kes berkenaan
di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun Sri Ram, yang juga bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan beberapa dokumen
perbankan membabitkan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB yang
dihadapi Najib.
“Kami memerlukan masa dan akan cuba sedaya upaya untuk
mendapatkan kesemua dokumen perbankan berkenaan yang masih belum diperoleh
daripada pihak bank,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Feb untuk pengurusan kes
selanjutnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, seorang
lagi Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang turut hadir dalam prosiding
kes itu berkata pihak pendakwaan sebelum ini menyerahkan 367 dokumen berkaitan
kes rasuah dan 23 dokumen membabitkan kes pengubahan wang haram kepada pihak
pembelaan.
“Hari ini, pihak kami menyerahkan 54 dokumen lagi
membabitkan kes itu (rasuah) dan dokumen yang diserahkan itu sebahagian besar
membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri,” kata Ahmad Akram.
Sementara itu, Hakim Collin menetapkan 15 Feb untuk
mendengar permohonan Najib bagi menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan
pendakwaan dalam kes berkenaan.
Hakim itu juga menetapkan 13 Feb untuk pihak-pihak terlibat
memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Najib, 66, yang hadir dalam prosiding itu diwakili peguam
Harvinderjit Singh.
Najib menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di
bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28
bilion.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Anggota Parlimen Pekan, Pahang itu didakwa melakukan kesemua
kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon
antara 2011 dan 2014.
Perbicaraan kes ditetapkan sebelum ini pada 15 April hingga
3 Mei nanti.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel