Connect with us

Berita Lain

Najib: Rakyat rindu zaman saya jadi PM

Rakyat makin susah bawah pentadbiran Pakatan Harapan, kata
Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Januari,
2019.

SAMBIL memuji rekod pencapaian Barisan Nasional, Najib Razak
berkata ramai rakyat mahukan beliau jadi perdana menteri sekali lagi malah
mereka mahu beliau membantu menyelesaikan masalah mereka sekarang walaupun
beliau sudah tidak berkuasa.
Pada pertemuan dengan penduduk Kampung Kerinchi, Pantai
Dalam hari ini, beliau berkata selepas tujuh bulan Pakatan Harapan berkuasa,
rakyat masih lagi mengutuskan mesej kepadanya melalui Facebook dan berkata beliau
sepatutnya yang jadi perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, mereka menghantar mesej berbunyi “Saya rindu zaman
DSN (Datuk Seri Najib)” di akaun media sosialnya.
“Jika saya jahat, mengapa mereka menghantar semua mesej ini.
Jika PH hebat sangat, (rakyat tak akan kata) ‘saya rindu zaman Najib’.
“Di Facebook saya, Instagram saya dan Twitter saya, semua
orang beritahu mereka rindukan saya,” kata Najib kepada penduduk.
Antara masalah utama yang diadu rakyat adalah harga
barangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, beliau kerap melawat pasar basah untuk mendekati
rakyat dan menerima banyak maklum balas negatif daripada peniaga dan pembeli.
“Pagi tadi saya di pasar basah Taman Muhibbah dan saya
terkejut terima banyak komen negatif daripada rakyat tentang PH.”
“Menurut mereka, harga barangan telah meningkat sejak PH
ambil alih. Barang jadi semakin mahal minggu demi minggu.
“Malah mereka minta saya tolong tetapi saya jawab, apa yang
saya boleh buat sekarang. Saya harap saya boleh tolong mereka,” katanya.
Sejak BN kalah Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu, Najib
lantang mengecam pentadbiran BN menerusi media sosial.
Ahli Parlimen Pekan itu juga berdepan 39 pertuduhan selepas
hilang kuasa melibatkan jenayah korupsi, pengubahan wang haram dan pindaan
laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas perdana menteri itu menambah yang kerajaan PH menipu
rakyat selepas menang pilihan raya.
“Rakyat ditipu sejak hari pertama. Mereka gelar diri mereka
Pakatan Harapan tetapi mereka sebenarnya Pakatan Hancing.
“Mereka kata jika Najib jatuh, ringgit akan naik, jika
Pakatan menang, tak ada lagi tol, harga minyak akan turun, dan banyak lagi
janji.
“Tetapi apa yang kita dapat sekarang. Tak ada apa kecuali
penipuan. Mereka menipu kita dan tak buat apa-apa untuk tolong rakyat.
Pentadbiran saya sebagai PM selama sembilan tahun lebih baik daripada mereka
lapan bulan berkuasa,” katanya kepada hadirin.
Katanya lagi, BN akan terus bersuara demi faedah rakyat
walaupun dipersalahkan atas semua kesilapan PH.
“Barisan Nasional akan terus memperjuangkan rakyat,” katanya
sebelum menamatkan ucapan, hampir 200 penduduk hadir pada majlis itu.
Beliau menghabiskan masa hampir sejam bersama penduduk
Kerinchi pada lawatan itu petang tadi.
Sumber: themalaysianinsight.com

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel