Connect with us

Berita Lain

Parti semakin diterima, DAP meluaskan pengaruh ke Padang Terap



KUALA NERANG – DAP kini meluaskan pengaruhnya ke daerah Padang Terap apabila tiga cawangan penaja telah berjaya diwujudkan dan terbaru satu lagi cawangan dalam proses untuk diwujudkan bagi tahun 2018.


Pengerusi Penaja DAP Pekan Kuala Nerang, Ong Keen Tong berkata, parti tersebut semakin diterima oleh penduduk setempat terutamanya kaum Melayu dan Siam sejak Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Pusat selepas PRU14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, sokongan tersebut dilihat semakin meningkat selepas melihat keprihatinan kerajaan PH yang tidak memilih bulu seperti menghulurkan bantuan persekolahan pada Disember tahun lalu dalam meringankan beban terutamanya keluarga berpendapatan B40.


“Setakat ini sudah ada tiga cawangan penaja berjaya ditubuhkan selepas pelancaran DAP di daerah ini pada Februari 2018 oleh Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew iaitu Cawangan penaja Pekan Kuala Nerang, Cawangan penaja Taman Mesra dan Cawangan penaja Keda Bukit Ular.


“Satu lagi cawangan bakal ditubuhkan iaitu Cawangan penaja Kampung Baru Tanjung Thai, Pedu yang kini dalam proses akhir,” katanya kepada Sinar Harian.


Keen Tong berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran untuk mewujudkan berapa jumlah cawangan di daerah itu namun mengakui cawangan akan terus dibuka sekiranya terus mendapat sambutan dari penduduk setempat dari semasa ke semasa.


Tambahnya, pihaknya juga terkejut apabila menerima sokongan yang baik dari penduduk terutamanya Kaum Melayu di Keda Bukit Ular sehingga berjaya menubuhkan cawangan penaja di kawasan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Ini adalah perkembangan yang baik kepada PH dan DAP itu sendiri. Di Padang Terap kami cuba untuk menambah ahli baru termasuk menubuhkan cawangan di sini sekiranya mendapat permintaan yang menggalakkan.


“Terbaru kami cuba fokus di Pedu yang melibatkan kaum Siam dan berharap usaha untuk mewujudkan cawangan baru di kawasan tersebut akan tercapai,”katanya lagi.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel