Connect with us

Berita Lain

Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat, kata Kadir Jasin


Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata hari ini prestasi Pakatan Harapan (PH) telah jauh merosot
berbanding jangkaan penyokongnya.
Orang ramai menjangkakan mereka akan dapat
melihat bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan beberapa “bulan
lalu” kata 
Kadir Jasin lagi.
Menulis di blognya hari ini Kadir berkata lagi penyokong PH kecewa Najib masih lagi bebas ke sana sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Mereka kecewa melihat dia (Najib) berkelakuan
seolah-olah dia masih perdana menteri.
“Penyokongnya kembali mendapatkan keyakinan mereka dan
menjulangnya – yang terkini dengan kempen “malu apa bosku”.
“Tanpa menghalang dia dan mereka yang berkomplot
dengannya mendapatkan keadilan, rakyat akan lebih gembira jika mereka ke
penjara atas kesalahan mereka secepat mungkin,” tulis Kadir lagi seperti dipetik portal Malaysiakini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata kerajaan PH juga menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan terhadap perkara lain ketika mengulas kekalahan PH dalam
pilihan raya kecil Cameron Highlands pada Sabtu.
Najib sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal 1MDB dan
menghadapi 38 pertuduhan jenayah kerana menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah
dan pengubahan wang haram namun 
Najib menafikan kesemua tuduhan terhadap beliau.
“Saya terpaksa memberi markah yang rendah kepada
menteri yang bertanggungjawab untuk pengeluaran makanan, bekalan, pengangkutan,
harga, pemantauan dan penguatkuasaan.
“Harga makanan yang berpatutan menjadi isu. Orang tua
dilaporkan mati kerana mahukan makanan percuma!
“Para menteri yang bertanggungjawab untuk perpaduan
negara, pembangunan luar bandar, pendidikan dan pelancongan juga harus
menyinsing lengan baju mereka atau berdepan desakan agar mereka
disingkirkan,” katanya lagi.
Rakyat tidak mahu lagi kerajaan hari ini
menyatakan mereka akan mengkaji sesuatu perkara atau hanya menyalahkan kerajaan
BN terdahulu kata 
Kadir.
Beliau menambah, pemimpin PH juga harus bersikap
lebih mesra kepada rakyat.
Kadir memberikan contoh beliau melihat para menteri dan
timbalan mereka hanya berkumpul di meja VIP di Cameron Highlands dan tidak bercampur
gaul dengan rakyat.
“Orang-orang yang mengambil risiko mengundi PH pada
pilihan raya umum yang lalu lebih berhak mendapat daripada apa yang sedang
ditawarkan sekarang.
“Seperti yang saya nyatakan dalam catatan Facebook saya
pada 27 Januari, keputusan Cameron Highlands menunjukkan bahawa terdapat bahaya
yang jelas kepada PH pada masa ini.
“Jika rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh
mengundi untuk singkirkan PH,” kata Kadir memberi peringatan kepada PH.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel