Connect with us

Berita Lain

Adun PKR mahu Anwar jadi PM secepat mungkin


Berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) sebanyak dua kali
berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, saya percaya
kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah
mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat.
Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH,
Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai perdana menteri ke-8 seperti dipersetujui
sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar mahir dalam
urusan ekonomi negara.

Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan timbalan
perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan Malaysia akan menjadi
tunjang kekuatan beliau untuk menjadi pemerintah yang berkesan.

Di samping itu, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan
kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan
selaras dengan portfolio diberikan.
Pegawai-pegawai tertinggi yang tidak efisien di setiap
kementerian juga perlu digantikan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dengan
berkesan.
Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat
beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH bahawa hukuman
tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji yang masih menjadi tunggakan
kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Oleh yang demikian, PH perlu segera bangkit dan
memperbetulkan keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai
kerajaan pilihan di PRU15.

Sekiranya PH lewat bertindak kemungkinan besar akan menerima
impak yang besar pada PRU15, dengan ini segala usaha yang dilakukan untuk
menukar kerajaan yang korup selepas 60 tahun memerintah negara ini menjadi
sia-sia dan usaha ke arah membentuk Malaysia Baru tidak tercapai sepenuhnya.
Maka dengan ini saya menyeru agar kerajaan menyegerakan
proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Anwar di mana ia menjadi
satu titik permulaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PH semula.

Seperti dinyatakan di atas pengalaman Anwar ia akan menjadi
tunjang kekuataan beliau dan Kerajaan PH. Hubungan baik beliau dengan
pemimpin-pemimpin negara luar juga akan membantu negara kita dari segi ekonomi
dan memacu negara kita ke arah negara maju.
Di sini saya juga menyarankan kerajaan PH untuk mewujudkan
polisi-polisi baru yang relevan dengan keadaan masa kini memandangkan kita
masih menggunakan polisi yang sedia ada d imana ia diwujudkan semasa
pemerintahan BN.
Sebagai kerajaan pemerintah baru, PH harus memperkenalkan
polisi-polisi baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bagi membuktikan PH
sebagai kerajaan prihatin yang mempedulikan rakyat.

Dalam konteks ini, polisi yang menjadi keutamaan buat masa
sekarang ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin menekankan
bukan sahaja golongan B40 namun semua lapisan rakyat.

Sejajar dengan ini, usaha menunaikan janji-janji yang
terkandung dalam manifesto PRU14 perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa
memandangkan kewangan negara masih terumbang-ambing disebabkan parti pemerintah
yang lalu dan kini masih dalam proses pemulihan, kita tetap perlu berusaha
untuk mencari jalan untuk menunaikan janji-janji manifesto contohnya penangguhan
pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penstabilan harga minyak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kedua-dua perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan
pinjaman PTPTN melibatkan pengundi muda manakala harga minyak membabitkan dari
anak muda hingga warga emas.
Kini di media sosial dapat dilihat anak-anak muda sudah mula
menunjukkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan PH di ruangan komen.

Anwar merupakan individu yang terbaik dimana beliau
berwibawa untuk memperkenalkan jalan penyelesaian atau formula baru menangani
peningkatan kos sara hidup di samping merancang hala tuju kerajaan PH.
Diharapkan pengumuman proses peralihan kuasa jawatan Perdana
Menteri kepada Anwar sebagai PM ke-8 akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.

KUMARESAN ARAMUGAM adalah Adun Batu Uban, Ketua AMK Bayan
Baru dan Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang (MPNPP).
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak
semestinya mencerminkan pendirian rasmi kami di Malaysian Update.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel