Connect with us

Berita Lain

Maszlee ikrar beban guru kurang menjelang hujung tahun

Kementerian Pendidikan mengulangi komitmen untuk
mengurangkan bebanan guru sekaligus mengembalikan tugas hakiki mereka iaitu
mendidik anak-anak bangsa.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan
memastikan bahawa sehingga hujung tahun ini para guru hanya memfokuskan kepada
tugas hakiki iaitu bukan sahaja mendidik, malah berusaha membina nilai-nilai
kemanusiaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata dalam amanat kementerian pada 14 Januari
lepas, pihaknya telah melakar pelan untuk meringankan tugas guru dengan harapan
agar para guru boleh kembali kepada tugas hakiki mereka iaitu mendidik.
“Bukan sekadar mereka terlibat dengan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi juga mereka menanamkan
nilai, membina karakter dan nilai-nilai kemanusiaan di dalam jiwa anak-anak
kita. Itu antara komitmen kita,” katanya kepada pemberita selepas
melancarkan Gerakan Massa ‘Terima Kasih Cikgu’ sempena sambutan Hari Guru
Kebangsaan 2019, di George Town malam tadi.
Beliau berkata amanat itu sedang berjalan di peringkat
sekolah dan mendapat maklum balas positif.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Cuma mungkin ada beberapa tempat yang belum sampai,
masih terpencil tetapi kita cuba pastikan bahawa sehingga hujung tahun ini
semua guru-guru sudah kembali menjalankan tugas mereka yang hakiki iaitu
mendidik anak-anak bangsa kita,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis pelancaran malam
ini, Maszlee berkata tanda pagar, #TerimaKasihCikgu, akan dijadikan slogan
sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini sebagai tanda menghargai jasa dan
pengorbanan guru.
“Program malam ini merupakan pra pelancaran kepada
sambutan Hari Guru 2019. Program malam ini juga amat bermakna kerana ia
diusahakan oleh persatuan ibu bapa dan komuniti. Ini menunjukkan bahawa
pendidikan adalah milik semua dan tanggungjawab semua,” katanya.
“Kita melihat bahawa ini merupakan satu petanda bahawa
pendidikan kita berada di atas landasan yang betul dan ini memberikan harapan
bahawa cerahnya masa depan pendidikan kita untuk membangunkan rakyat dan
negara,” tambahnya. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel