Connect with us

Berita Lain

Mayat seorang lelaki ditemui ditanam belakang rumah anggota polis



BATU PAHAT, 28 Mac — Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, di sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata penemuan pada 5.30 petang itu adalah susulan laporan polis mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun pada 18 Mac lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Laporan polis berhubung kehilangan Zulkifli Musa itu dibuat oleh isterinya setelah lelaki tersebut tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Tambak di sini selepas keluar pada 9 malam, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Azhan berkata bertindak atas maklumat  sepasukan polis ke lokasi dan membuat pemeriksaan di rumah suspek sebelum menemukan timbunan tanah merah di belakang rumah tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pemeriksaan lanjut menemukan mayat dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang, ditanam di situ,” katanya.


Beliau berkata suspek berusia 38 tahun itu didapati positif dadah jenis metamfetamina dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel