Connect with us

Berita Lain

Pelajar cemerlang tanpa kerakyatan akhirnya terima status warganegara



PUTRAJAYA, 28 Mac — Pelajar cemerlang tanpa kerakyatan, Roisah Abdullah, akhirnya berstatus warganegara Malaysia setelah beberapa kali membuat permohonan sejak tahun 2013.


Gadis itu yang bakal menyambut ulang tahun ke-22 bulan depan hadir bersama ibu angkatnya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini bagi mengambil surat kelulusan sebagai warganegara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Roisah yang kelihatan ceria menzahirkan keterujaannya untuk mendapatkan kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia yang lain antaranya perkhidmatan kesihatan, membuka akaun bank dan mendapatkan lesen memandu.


“Saya hendak mendapatkan kad LRT (pas perjalanan Rapid KL) dahulu,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara pertama yang ingin dilakukannya setelah mendapat kad pengenalan.


Pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Kapar, Klang dengan keputusan 3A, 1B itu sebelum ini dilaporkan menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran berikutan tiada dokumen pengenalan diri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Masalah mula timbul semasa di sekolah menengah sebab banyak urusan memerlukan kad pengenalan,” kata Roisah, sambil menambah levi sebanyak RM240 juga perlu dibayar setiap tahun kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memasuki sekolah kerajaan bagi bukan warganegara.


Gadis itu dilaporkan dilahirkan oleh seorang wanita warga asing di sebuah klinik di Klang, manakala bapanya yang merupakan warganegara Malaysia tidak diketahui identitinya.


Roisah dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat namun ibu angkatnya meninggal dunia pada tahun 2014 dan beliau kemudiannya tinggal bersama saudara keluarga angkat tersebut.


Susulan laporan tersebut, Roisah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) pada tahun lepas.


Sementara itu, Zuraida yang juga Anggota Parlimen Ampang berkata beliau terpanggil untuk membantu Roisah dengan mendaftar sebagai ibu angkat pelajar itu setelah isu tersebut dibawa ke pengetahuannya oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Mei tahun lepas.


“Saya mendapati kes ini tulen dan dia dinafikan kewarganegaraan, justeru jika dengan  menjadi ibu angkat dapat membantunya, saya bersedia.


“Kemudian saya mendapatkan perintah mahkamah untuk menjadi ibu angkat, dan begitulah kisah bagaimana ianya bermula,” kata beliau.


Ditanya sama ada Roisah tinggal bersamanya, Zuraida berkata ketika ini pelajar tersebut tinggal berdekatan dengan UniRazak bagi memudahkannya berulang alik untuk menghadiri kuliah.


Dalam pada itu, Zuraida berkata kerajaan mengambil berat isu individu tanpa kerakyatan di seluruh negara dan sedang melaksanakan langkah yang perlu bagi menyelesaikan isu itu. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel