Connect with us

Berita Lain

PH kalau nak lama memerintah belajar daripada PM – Kadir Jasin


Oleh A Kadir Jasin

Jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh tidak
mahu menjadi kerajaan satu penggal maka anggota kabinet, menteri besar, ketua
menteri dan timbalan menteri wajiblah segera melaksanakan nasihat Perdana
Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Saya rasa adalah tidak adil dan sia-sia beliau
mempertahankan mereka apabila dikritik atau ditanya oleh media massa kalau
mereka sendiri tidak berusaha memperbaiki diri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seelok-eloknya mereka secara kolektif dan berkesan
mempertahankan kerajaan bukan memaksa perdana menteri mempertahankan mereka.
Janganlah terlalu seronok, gembira, selesa dan mendabik dada
apabila beliau memberi pelbagai alasan mempertahan dan melindungi mereka.
Menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri
boleh membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka dengan laksanakan
nasihat beliau.

Yang terbaru Dr Mahathir menasihatkan mereka belajar
mengurus secara mikro (micro-manage) dengan turun sendiri ke padang untuk
melawat dan memantau projek.
Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh
kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka
dapat melihat keadaan sebenar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering
melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan
meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang
memerlukan perhatian beliau.
Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan
kakitangan awam, eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga
dan tidak curi tulang.
Inilah yang berlaku ketika pembinaan Menara Kembar Petronas,
Putrajaya, KLIA
dan banyak lagi projek utama.

Antara sungutan dan rungutan yang sering kita dengar
mengenai menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri PH ialah
mereka tidak cukup kerap turun padang melawat projek dan bertemu rakyat jelata.
Malah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa
kekoknya sesetengah daripada mereka apabila bersama rakyat jelata. Ada yang
seolah-olah mahu dipagari oleh pegawai dan pengawal supaya boleh mengelak
daripada mendengar keluh kesah rakyat jelata.

Saya kata, kalau setakat hendak disambut, dikerumuni dan
diraikan oleh pegawai dan pengawal supaya nampak cantik dalam berita
televisyen, surat khabar dan media sosial, tak payahlah susah-susah habiskan
duit kerajaan turun padang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kalau turun padang, duduklah dan bermesralah dengan rakyat
jelata – dengan tok penghulu dan tok penggawa, ketua kampung, tok iman, wakil
peneroka, wakil nelayan dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
Dalam era media sosial ini, gambar sangat penting. Kalau
dulu gambar menceritakan seribu perkataan, dalam zaman media sosial ini
sekeping gambar boleh menceritakan sejuta perkataan.
Mohon berhentikan segera amalan menampal gambar menteri
dengan pegawai peribadi dan pegawai khas dengan pelbagai lakonan “free style”
yang kebudak-badakan.
Orang ramai menyampah. Malah penyokong parti sendiri marah
bila menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri nampak lebih
mengutamakan kakitangan peribadi daripada ahli parti, orang ramai dan
kakitangan awam.

Khusus buat setiausaha akhbar kepada menteri, timbalan
menteri, menteri besar dan ketua menteri, terutama sekali yang tidak terlatih
dalam bidang komunikasi dan kewartawanan, cubalah lebih mesra dengan media dan
kalau tidak tahu belajarlah daripada yang tahu. Jangan jadi bodoh sombong.
Ingatlah kamu memainkan peranan penting menentukan sama ada
bos kamu mendapat “good press” atau “bad press”, khususnya menjelang ulang
tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei nanti.

Kemudian nasihat perdana menteri supaya menteri, timbalan
menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua orang politik serta kakitangan
mereka agar belajar bekerjasama dengan anggota perkhidmatan awam.
Tawan hati mereka dan dapatkan keyakinan mereka. Ia akan
memakan sedikit masa kerana sebelum ini mereka hanya kenal dan biasa dengan
satu kerajaan sahaja iaitu BN.
Perdana Menteri tidak mahu menteri, timbalan menteri,
menteri besar dan ketua menteri menubuhkan apa yang beliau sifatkan sebagai
“government within the government” atau kerajaan dalam kerajaan iaitu dengan
membawa masuk kawan-kawan sendiri dan ketepikan kakitangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Saya pula kata, kakitangan awam pun cubalah sesuaikan diri
dan kerja dengan kerajaan baru demi kebaikan rakyat jelata. Kesetiaan
kakitangan awam adalah kepada kerajaan yang memerintah – the government of the
day.
Tetapi kalau ditakdirkan ada kakitangan awam yang ingkar,
bersekongkol dengan anggota kerajaan lama atau membentuk pakatan mereka sendiri
(cabal, cartel) dengan tujuan mensabotaj kerajaan atau membuat keuntungan
peribadi maka tindakan paling tegas wajib dikenakan.
Kadang-kadang benda yang kecil dan remeh menyebabkan orang
ramai marah kepada kerajaan. Misalnya menteri ke hulu hilir diiringi outrider
polis atau polis tentera dengan bunyi siren dan lampu amaran sedangkan orang
ramai tersekat dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Yang tak ada pengiring polis tu tak payahlah nyalakan lampu
strobe light biru kamu. Menyakitkan hati orang ramai saja! Lebih baik bersusah
payah sikit daripada dimaki hamun oleh rakyat jelata.
Seelok-eloknya kerajaan PH ini hendaklah lebih egalitarian
(sama rata) dan elak meniru sifat berkasta kerajaan dahulu. Tak payahlah bos
sana bos sini. Bukankah panggilan YB lebih sedap?
Kurangkan protokol dan lebihkan bermesra dengan rakyat
jelata seperti yang diamalkan oleh perdana menteri sendiri.
DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan
New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai
pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau.”
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan
pendirian rasmi kami di Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel