Connect with us

Berita Lain

Rakyat Malaysia tandatangan petisyen atas talian agar kes Najib disiar secara langsung


Sebahagian rakyat Malaysia menandatangani petisyen agar
perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri Najib
Razak pada Rabu ini disiarkan secara langsung.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia
menandatangani petisyen atas talian di Change. Org yang telah bermula sejak
sembilan bulan lalu agar perbicaraan itu disiar secara langsung.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika berita ini ditulis, terdapat 32,370 pempetisyen menuntut
perkara itu dilaksanakan.
Angka terakhir berjaya dikumpulkan ialah sebanyak 30,000
pempetisyen, empat bulan lalu.
Antara yang menggesa siaran langsung itu diadakan ialah
pelukis Fahmi Reza, yang terkenal dengan lukisan Najib menyerupai badut.
Karikatur Najib itu digunakan secara meluas sebagai lambang
protes ketika BN berkuasa, malah satu rakaman muzik video K-Pop mengenainya
turut dihasilkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib sebelum ini didakwa melakukan pengubahan wang haram
dan pecah amanah melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat
1MDB.
Tujuan SRC International dikatakan antara lain untuk melabur
dalam industri strategik yang akan memberi manfaat kepada Malaysia dan telah
meminjam sebanyak RM4 bilion daripada Dana Kumpulan Wang Persaraan
Diperbadankan (KWAP) untuk berbuat demikian.
Hanya sedikit diketahui mengenai apa yang berlaku kepada
pelaburan SRC International.
Syarikat itu diselamatkan oleh Kementerian Kewangan pada
tahun 2012. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel