Connect with us

Berita Lain

Sultan Selangor kecewa perbuatan hina peribadi Nabi Muhammad

SHAH ALAM — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan
besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan
ini.
Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu
kenyataan berkata, baginda menzahirkan kekecewaan itu selepas berbincang dengan
ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sehubungan itu beliau berkata, bagi membendung gejala
penghinaan ini agar tidak terus berlaku tanpa kawalan, Sultan Selangor
mengingatkan rakyat terutama yang bukan beragama Islam, supaya menghentikan
perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian
agama Islam.
Ini kerana, katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja boleh
menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan
antara kaum serta agama yang akan mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara
kaum di negara ini.
“Kejadian penghinaan terhadap Rasulullah SAW serta isu-isu
yang mencemar kesucian agama Islam kerapkali berlaku dan telah sampai ke tahap
mencabar kesabaran umat Islam. Agama Islam yang merupakan agama Persekutuan
seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya perlu sentiasa
dihormati oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.
Menurut Hanafisah, walaupun perbuatan penghinaan terhadap
Rasulullah SAW dan kesucian agama Islam merupakan satu kesalahan di bawah
undang-undang dan tindakan undang-undang serta hukuman juga telah dikenakan
terhadap mereka yang melakukannya, ia masih tetap berlaku dan seolah-olah tiada
kesan terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap golongan ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Sejarah telah menunjukkan sesebuah negara boleh menjadi
porak-peranda sekiranya rakyat bermusuhan atas sebab tidak menghormati agama
yang dianuti oleh pelbagai kaum.
“Sebagai Raja yang merupakan ketua agama Islam negeri
Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menegaskan bahawa memelihara
maruah agama Islam serta maruah junjungan Rasulullah SAW merupakan tuntutan
utama dalam maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa
mempertahankannya,” katanya.
Oleh itu, Hanafisah menegaskan, peringatan Sultan Selangor
ini perlu diambil serius oleh rakyat keseluruhannya terutama golongan bukan
Islam jika inginkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan kaum dan agama di
negara ini terus kekal.
Katanya, peringatan oleh baginda bukan sekadar untuk
golongan bukan Islam tetapi termasuk juga kepada umat Islam di mana mereka
sendiri perlu sentiasa berwaspada dalam melontarkan sebarang pandangan
berkaitan dengan agama lain.
Beliau seterusnya berkata, Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor
menjunjung segala titah Sultan Selangor dan turut berasa terkesan dengan
kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda berkaitan dengan isu penghinaan
terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menggesa supaya pihak
berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mengambil
berat akan peringatan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan
mengambil langkah-langkah berkesan dan efektif bagi menangani masalah ini.
“Penyiasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki
melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diambil
terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini sekiranya terdapat keterangan
yang mencukupi,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel