Connect with us

Berita Lain

Bayar RM300,000 analisis kandungan media bahasa cina

foto sumber internet

Najib bayar RM300,000 analisis kandungan media bahasa Cina


Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran sebanyak RM300,000 kepada syarikat Centre of Strategic Engagement Media Sdn Bhd (Cense) bagi menganalisis kandungan media harian berbahasa Cina.


Pengarah dan pengasas Cense, Rita Sim Sai Hoon, yang juga saksi ke-14 pendakwaan, berkata, Najib menggunakan khidmat firma penyelidikan itu selama dua bulan iaitu pada bulan Disember 2015 dan Januari 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, firmanya ketika itu ditugaskan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis manakala pembayaran dibuat melalui akaun Ambank milik Najib.


Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Rita berkata, syarikatnya menyediakan khidmat kaji selidik mengenai polisi awam dan pemantauan media harian berbahasa Cina untuk Pejabat Perdana Menteri.


Bagi tujuan itu, kata Rita, pihaknya membuat pemantaun enam akhbar utama berbahasa Cina bagi memahami ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



ECRL tidak pinggir penduduk tempatan: MB Terengganu


Kerajaan Terengganu memberi jaminan tidak akan meminggirkan penduduk tempatan terutama golongan belia untuk mendapat peluang pekerjaan dalam pembangunan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata syarikat yang akan mengendalikan projek ECRL di Terengganu bersetuju tidak menggunakan tenaga kerja asing, sebaliknya memberi peluang sepenuhnya kepada pekerja tempatan.


Beliau berkata, hasil perbincangan antara kerajaan negeri dan China Communication Construction Company Ltd (CCCC), pembabitan pekerja asing dalam pembangunan projek itu hanya dalam keperluan tertentu, seperti tenaga mahir dalam pengendalian landasan dari China.


Katanya, kerajaan negeri juga akan menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dalam melaksanakan projek ECRL.


BN yang luluskan projek di Sandakan, Khairy jawab Guan Eng


Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata 2 projek di Sandakan yang ditekankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam sebenarnya diluluskan pentadbiran BN.


Ahli Parlimen Rembau itu berkata projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, dan rancangan tebatan banjir Sungai Anip diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-11 ketika pembentangannya pada 2015.


Khairy menjelaskan peruntukan RM80 juta untuk menaiktaraf landasan itu diumumkan perdana menteri pada 7 Mei 2017 “ketika merasmikan bangunan terminal baru” Lapangan Terbang Sandakan.


Terdahulu, Lim mengumumkan Putrajaya meluluskan 49 projek bernilai RM2.28 bilion di Sandakan, dan menyediakan peruntukan RM183 juta untuk membiayai projek-projek itu yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.


Rasuah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara bekas presiden Brazil


Sebuah mahkamah rayuan Brazil mengambil keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan terhadap bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva (Lula) atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram.


Dalam keputusan sebulat suara, empat orang hakim Mahkamah Tinggi Keadilan yang mendengar rayuan Lula bersetuju mengekalkan sabitan namun mengurangkan hukuman penjaranya kepada lapan tahun dan 10 bulan.


Terdahulu, pemimpin haluan kiri berusia 73 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas dua kes rasuah.


Lula menerima hukuman penjara 12 tahun dan satu bulan atas kesalahan menerima sebuah apartmen tepi laut sebagai ganjaran kerana membantu syarikat pembinaan OAS mendapatkan perjanjian lumayan daripada syarikat minyak Petrobras ketika memegang jawatan presiden pada tahun 2003-2010.


Daesh dakwa lakukan serangan Sri Lanka
Militan Daesh semalam mengaku bertanggungjawab atas siri serangan bunuh diri ke atas gereja dan hotel di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 320 orang Ahad lalu.


Dakwaan itu, disertai gambar dan video anggotanya melaksanakan serangan, muncul lebih dua hari selepas letupan bom hampir serentak di tiga hotel mewah popular dengan pelancong asing dan tiga gereja penuh sesak dengan penganut Kristian menyambut Easter.


Kerajaan Sri Lanka berkata, siasatan awal menunjukkan serangan dijalankan sebagai ‘balas dendam’ terhadap insiden tembakan dua masjid di New Zealand bulan lalu, mengorbankan 50 orang.


Pihak berkuasa di negara ini menuduh kumpulan pelampau tempatan tidak begitu dikenali, Thowheeth Jama’ath Nasionalis (NTJ) melakukan serangan namun berkata sedang menyiasat jika wujud sokongan antarabangsa.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel