Connect with us

Berita Lain

Dapatan laporan CEP perlu siasatan lanjut, tidak didedah sekarang, kata PM

Foto oleh Bernama

Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan
didedahkan kepada umum buat masa ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad memandangkan beberapa hasil dapatan mereka memerlukan penyiasatan
lanjut oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
“Ini adalah bagi mengelakkan polemik yang mungkin boleh
menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur,” katanya semasa menjawab
soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu
Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir berkata, laporan itu mungkin didedahkan kepada
umum pada masa depan selepas tindakan susulan diambil dan tiada tindakan saman
malu dikenakan.
“Ketika ini banyak cadangan dan nasihat yang diberi CEP
dilaksanakan kerajaan.
“Soal sama ada kita boleh mendedahkan laporan CEP, belum
sampai masanya, mungkin masa depan apabila sudah ambil tindakan dan tidak lagi
berkemungkinan dikenakan saman malu,” katanya.
“ Apa yang penting, semua cadangan penambahbaikan yang
diterima dilaksanakan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kestabilan ekonomi
negara,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Fahmi pada soalan asalnya bertanya sama ada kerajaan
bersedia menerbitkan laporan CEP berdasarkan prinsip ketelusan,
kebertanggungjawaban dan kebebasan maklumat demi mengelak fitnah dan persepsi tidak
betul.
Ini, katanya terutama apabila orang ramai mengetahui OSA
pernah disalah guna pentadbiran terdahulu untuk menyembunyikan salah laku.
Perdana menteri berkata, apabila Pakatan Harapan (PH)
mendapat mandat besar menubuhkan kerajaan, wujud keperluan bagi proses
peralihan kuasa berjalan lancar tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan
keyakinan pelabur.
Beliau berkata, buat pertama kalinya kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang memerintah sejak merdeka bertukar, sekali gus berlaku
perubahan landskap politik negara.
“Sudah tentu dalam rakyat meraikan perubahan, wujud
kebimbangan peniaga dan pelabur asing terhadap keupayaan PH mentadbir kerajaan.
“Justeru, saya putuskan untuk menubuhkan CEP dengan matlamat
utama menasihati kerajaan dalam bidang ekonomi, kewangan dan bidang lain yang
perlu diberi perhatian terutama dalam tempoh 100 hari peralihan kerajaan.
“CEP melaksanakan tanggungjawab dibantu sekretariat, dua
jawatankuasa iaitu Jawatankuasa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dan Jawatankuasa Reformasi Institusi serta dua pasukan petugas khas.
“CEP ditamatkan tugas secara rasmi pada 19 Ogos 2018,”
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel