Connect with us

Berita Lain

EU tolak keputusan Trump iktiraf Israel di Golan Heights


Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika
Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan
Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil
Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini pada
Ahad.
Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung
di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan
Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik
bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB,”
katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya
jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan
memastikan kepentingan semua pihak.
Mengulas situasi di Yaman, Mogherini berkata semua pihak
bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyokong negara itu bukan sahaja
dari segi bantuan kemanusiaan malah membantu ia melaksanakan Perjanjian
Stockholm bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis yang dihadapinya.
Menyentuh isu Libya, pegawai EU menegaskan bahawa adalah
penting untuk memastikan perpaduan nasional Libya dan institusinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara
anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari
titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci
Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel