Connect with us

Berita Lain

Exco Johor mengaku lulus darjah 6, namun bukan halangan berkhidmat


Walaupun hanya mendapat pendidikan sehingga darjah
enam, Tosrin Jarvanthi tidak pernah menjadikan ini satu kekurangan malah
sebagai pembakar semangat untuk beliau melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat
selama ini.
Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar Johor yang baru itu mencuri perhatian media apabila
mengakui dirinya hanya mempunyai kelayakan pendidikan setakat darjah enam.
Bagaimanapun, veteran politik itu bukanlah orang
baru dalam pentadbiran, malah pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Sedili satu ketika dahulu, sebelum sekali lagi memegang kerusi Adun bagi Bukit
Permai, dengan tiket parti berbeza.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tosrin turut menegaskan latar belakang itu tidak
sesekali akan mematahkan semangatnya untuk menggalas tanggungjawab yang
diamanahkan kerajaan negeri demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Johor.
“Saya cakap terus terang, saya tak tipu saya
tiada sijil, tiada diploma saya hanya bersekolah setakat darjah enam sahaja di
Sekolah Kebangsaan Ladang Fraser dan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting.
“(Bagaimanapun) saya menganggap saya muda lagi
dan sebelum ini, ada sebahagian pegawai saya yang muda, tidak terkejar dengan
cara saya (cara bekerja),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang
media sempena pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di
pejabat Menteri Besar di Iskandar Puteri, hari ini.
Sebagai bukti, beliau telah pun menyediakan satu
rangka kerja di bawah portfolionya untuk memastikan beliau dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.


Tosrin (gambar), 69, pernah berkhidmat sebagai pegawai khas
kepada Muhyiddin Yassin, yang ketika itu timbalan perdana menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang
Mohd Solihan Badri menyifatkan amanah yang diberikan kepada beliau agak berat
dan mencabar dan beliau akan sedaya upaya melaksanakannya dengan baik.
Mohd Solihan, 62, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya,
Pengangkutan dan Infrastruktur negeri yang baharu menggantikan Adun Puteri
Wangsa, Mazlan Bujang.
“Saya akan lihat sama ada (Mazlan Bujang) telah menyusun
strategi pembangunan Johor. Jika ada, saya akan teruskan dan ditambah baik.
“Saya dengan Mazlan adalah rakan yang baik, saya banyak
berhubung dengan beliau, sama ada dalam parti ataupun di luar parti.
“Oleh itu, saya rasa khidmatnya masih diperlukan,” kata
beliau yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti
Sains Malaysia (USM).
Bagi Adun Jementah, Tan Chen Choon yang diamanahkan dengan
portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan
Alam Sekitar pula, pengalamannya dalam pelbagai bidang termasuk menjadi seorang
jurutera di syarikat swasta, sebelum ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk
menggalas tanggungjawab.
Katanya, beliau juga berterima kasih kepada partinya iaitu
parti DAP serta Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal yang memberikan kepercayaan
kepadanya untuk berkhidmat dalam barisan exco.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel