Connect with us

Berita Lain

Najib kelihatan tenang, berdoa sebelum masuki mahkamah


Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala
Lumpur di Jalan Duta di sini untuk perbicaraan kes dana SRC International Sdn
Bhd.
Berpakaian biru gelap dan ditemani anaknya Ashman, bekas
perdana menteri dilihat menadah tangan dipercayai berdoa sebaik tiba jam 1.55
petang sebelum memasuki kamar mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib juga kelihatan tenang sekalipun berdepan limpahan
lampu kamera jurugambar media. Beliau juga tidak melayan teriakan “Datuk
Seri, Datuk Seri” di kiri dan kanannya, lapor Projek MM.

Peguam negara Tommy Thomas mengetuai 11 peguam lain pada
hari pertama perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta bekas anak syarikat
1Malaysia Development (1MDB).
Antara individu dalam pasukan tersebut adalah Datuk Sulaiman
Abdullah, Datuk V. Sithambaram dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam
Negara Manoj Kurup.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mengetuai 10 pasukan
peguam bela bekas perdana menteri termasuk Harvinderjit Singh.
Peguam pemerhati dari Majlis Peguam ialah Rajsurian Pillai
dan AG Kalidas


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ratusan pengamal media tempatan mahupun luar negara turut
memenuhi lobi kompleks mahkamah itu bagi membuat liputan kes berkenaan sejak
tengah hari.



Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah
amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta
SRC.
SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara
sarat hutang 1MDB.
Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri
kewangan dan penasihat emeritus SRC.
Beliau turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram
lebih RM42 kita.
Kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi
Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Perbicaraan dijadual berlangsung awal petang ini dengan
Peguan Negara Tommy Thomas dijangka menyampaikan kenyataan pembukaan.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel