Connect with us

Berita Lain

Perbicaraan kes Najib bermula hari ini


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta
milik SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
di Mahkamah Tinggi akan bermula hari ini.
Secara kebetulannya, pada hari ini 10 tahun lepas, Najib,
Anggota Parlimen Pekan, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia
keenam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu ini,
akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 2 petang.
Sehingga jam 9 pagi ini, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
beroperasi seperti biasa.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu
pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang
haram milik SRC Internatonal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pasukan pendakwaan
yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP)
Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan itu turut dibantu DPP Datuk Mohamad Hanafiah
Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.
BACA: Perbicaraan Najib Razak bermula esok
Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan
pembelaan, dibantu peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee,
Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah. 
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel