Connect with us

Berita Lain

PM jawab Ahmad Maslan: ‘Kadar hutang tak lagi ganggu usaha tadbir, bangunkan negara’


KUALA LUMPUR — Peratusan hutang negara berkurang berikutan peningkatan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan penyelesaian beberapa hutang, kata Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata demikian pada sesi Waktu
Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini ketika
menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha
dan tindakan kerajaan mengurangkan hutang kepada RM686 bilion daripada RM1
trilion.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri yang menjawap persoalan Ahmad mengenai
jumlah hutang yang kini didakwa meningkat kepada RM773 bilion berkata:
“Pada mulanya kita kaji dan dapati, ia lebih RM1 trilion.
Ini adalah satu angka besar sekarang, KDNK negara meningkat. Apabila KDNK
meningkat, peratusan hutang kurang. Kedua, apabila kita selesai beberapa
hutang, maka hutang sudah kurang. Ia tidak lagi menjejaskan usaha kita
mentadbir dan membangunkan negara,” katanya.
Sementara itu ketika ditemui di lobi Parlimen, Dr Mahathir
menjelaskan hutang negara kini ditahap yang boleh diurus, dan turun
disumbangkan oleh beberapa faktor, termasuk kerajaan berjaya mendapatkan semula
banyak wang yang hilang dan disimpan oleh Singapura.
“Wang itu berjaya membantu mengurangkan hutang. Kerajaan
juga bekerja keras mengurangkan nilai kontrak Projek Rel Kereta Api Pantai
Timur (ECRL). Projek itu perlu diteruskan kerana jika tidak, kerajaan perlu
membayar pampasan yang besar.
“Kami juga melihat kemungkinan lebih banyak hutang boleh
dikurangkan menerusi pengenalpastian aset kerajaan yang boleh dijual. Pada masa
ini proses sedang berjalan, ia tidak statik. Angkanya dikurangka, sedang
usahakannya sepanjang masa. Saya tidak dapat memberikan angka sebenar, namun
saya yakin angkanya sudah banyak dikurangkan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai sebarang rancangan untuk menjua aset lain selain
kapal layar Equanimity, Mahathir berkata kerajaan masih mempunyai beberapa aset
termasuk tanah milik kerajaan.
“Sudah pasti kami akan menjualnya kepada rakyat Malaysia,
bukan kepada orang asing. Ini akan mengurangkan hutang,” katanya.
Semalam, Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal
layar mewah Equanimity bersama-sama bunker, bahan api, pelincir dan barangan
lain atas kapal, dengan pertimbangan bejumlah US$126 juta (RM514.6 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu
berkata pada 26 Mac 2019, ia membuat tawaran ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
untuk membeli kapal mewah itu di bawah proses Jualan Kehakiman, melalui jualan
terus persendirian, menurut perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur mengikut bidang kuasa Admiralti. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel