Connect with us

Berita Lain

Tengku Mahkota Kelantan, isteri lakukan lawatan pertama


TUMPAT – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz
Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson hari ini mencemar duli
menziarah remaja menghidap penyakit kanser otak di Kampung Bechah Temalang,
Wakaf Bharu.
Istana Kelantan dalam satu kenyataan menjelaskan, baginda
bersama isteri melakukan lawatan ke atas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Wakaf Bharu, Hakim Danial Razali, 17, yang terlantar akibat ketumbuhan
dalam otak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lawatan berkenaan adalah yang pertama bagi pasangan diraja
itu selepas mereka melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu.
Hadir sama mengiringi baginda, Menteri Besar Kelantan, Datuk
Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan, Zainab Awang,
65, berkata, keluarganya berasa terharu menerima kunjungan daripada Tengku
Mahkota dan isteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, Hakim Danial adalah anak bongsunya dan menderita
penyakit itu sejak tiga tahun lalu dan akan menjalani rawatan kemoterapi 30
kali bermula Mei depan.
“Alhamdulillah…ramai pihak yang prihatin termasuk
Tengku Mahkota yang sudi hadir ke sini,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel