Connect with us

Berita Lain

Tun M hadir sidang kemuncak meja bulat di Forum jalur dan laluan

foto oleh Bernama



BEIJING – CHINA. Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua itu memasuki hari ketiga dan terakhir hari ini dengan pemimpin menghadiri sidang kemuncak meja bulat yang diadakan di Yangi Lake yang indah, di utara Beijing.


Terletak di kaki gunung Yanshan, Yangi Lake atau “Swan Lake” turut menganjurkan forum itu yang julung kali diadakan pada dua tahun lepas dan perhimpunan tahunan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 pada 2014.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Kompleks Yangi Lake pagi ini dan menyertai pemimpin lain bagi sidang kemuncak meja bulat itu, dan mereka dijangka membincangkan mengenai cara untuk menggerakkan inisiatif infrastruktur ke hadapan.


Sidang kemuncak meja bulat itu terbahagi kepada tiga sesi, dengan pemimpin membincangkan isu mengenai kesalinghubungan, sinergi dasar dan pembangunan mampan berkaitan inisiatif tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Presiden China Xi Jinping, yang mempengerusikan acara utama itu, turut menyampaikan ucapan pada permulaan sidang kemuncak meja bulat itu.


Dalam ucapannya, Xi berharap kepada pelaksanaan projek Jalur dan Laluan yang berorientasikan hasil dan semua pihak yang mengambil bahagian berkongsi manfaatnya.


Pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak meja bulat itu akan mengeluarkan kenyataan bersama pada akhir acara itu.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Xi, yang mula mencadangkan dasar infrastruktur enam tahun lepas untuk menghidupkan semula laluan perdagangan Laluan Sutera yang menghubungkan Timur dan Barat melalui rangkaian landasan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang, saluran paip dan lain-lain, turut merasmikan forum itu semalam.


Pemimpin dari 37 negara dan 5,000 perwakilan dari 150 negara menyertai forum itu pada tahun ini. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel