Connect with us

Berita Lain

4 transaksi berjumlah RM69 juta ke dalam akaun Najib

foto sumber internet 



KUALA LUMPUR, 30 April — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat empat transaksi pemindahan wang masuk ke dalam dua akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM69 juta.


Pengurus Bahagian Kiriman (Remittance) Unit  Rentas AmBank, di Wisma Amfirst, Petaling Jaya, Wedani Senen, 45, mengesahkan perkara itu ketika dirujuk dengan dokumen pengesahan ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Kho Kheng Fuei pada perbicaraan hari ke-11 hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ini?


Wedani: Ini adalah confirmation advice. Kemasukan wang daripada Syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd ke akaun Am Private Banking 1MY.


Sulaiman: Berapa jumlahnya dan kepada akaun mana?


Wedani: RM27 juta dengan nombor akaun 2112022011880 milik Mohd Najib bin Haji Abd Razak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Saksi itu berkata, dokumen pengesahan adalah dokumen dicetak secara automatik oleh Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) milik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan wang dalam negara ini dalam matawang ringgit (RM) dari satu bank ke bank lain.


“Sistem RENTAS hanya akan mengeluarkan dokumen itu setelah transaksi pemindahan wang lengkap.


Manakala pelanggan pula akan menerima ‘completion advice’ setelah pemindahan berjaya,” katanya.


Saksi itu turut mengesahkan terdapat beberapa lagi dokumen pengesahan yang menunjukkan pemindahan wang daripada akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dua akaun peribadi milik Najib.


Beliau berkata, transaksi kedua membabitkan RM27 juta daripada syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun sama pada 26 Dis 2014.


Katanya akaun sama turut menerima kemasukan wang berjumlah RM10 juta pada 10 Feb 2015 daripada Ihsan Perdana manakala akaun 2112022011906 milik Najib menerima kemasukan RM5 juta daripada syarikat sama pada  26 Dis 2014.


Permai Binaraya Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik SRC International Sdn Bhd manakala Ihsan Perdana Sdn Bhd merupakan syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi syarikat itu.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel