Connect with us

Berita Lain

‘Abang Long Balang’ dan ‘Lan Taro’ antara yang ditahan berhubung kes peras ugut

foto sumber internet



‘Abang Long Balang’ dan ‘Lan Taro’ adalah antara empat lelaki disyaki anggota kongsi gelap yang ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan terhadap seorang ahli perniagaan di Banting, Selangor.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata hasil siasatan awal, kesemua lelaki yang berusia antara 29 dan 42 tahun itu juga mengaku sebagai anggota kongsi gelap 77 (double 7) dan geng 30.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian 17 Mei lepas, seorang peniaga lori tanah berusia 27 tahun mendakwa pekerjanya ditahan sekumpulan lelaki di satu kawasan di Banting dan beliau yang ke lokasi itu diugut oleh lelaki dikenali sebagai ‘Abang Long Balang’ .


“Dia mendakwa diugut Abang Long Balang untuk membayar wang perlindungan setiap bulan dan diminta untuk berurusan dengan seorang lagi lelaki yang dikenali dengan nama Lan Taro dalam sebuah kereta.


“Mangsa diminta oleh Lan Taro untuk membayar RM18,000 dan jika ingkar, suspek bersama gengnya mengugut akan membakar dan memecahkan semua lori pengadu dan rakan kongsi pengadu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya yang baharu ACP Noor Azmi Yusoff, di Kuala Lumpur, hari ini.


Fadzil berkata peniaga lori tanah itu membuat laporan polis pada hari sama.


Beliau berkata kesemua empat lelaki yang ditahan itu direman tiga hari hingga Selasa dan polis masih memburu beberapa lagi individu yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.


Katanya polis percaya terdapat banyak lagi kes seumpama itu dan meminta mereka yang menjadi mangsa agar tampil membuat laporan bagi membolehkan polis mengambil tindakan.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Kami tidak akan berdiam diri dan memberi amaran kepada mereka yang melakukan pemerasan agar menghentikan perbuatan mereka atau mereka ini akan ditangkap untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.


– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel