Connect with us

Berita Lain

Ada yang mahu kembali pada kerajaan rasuah – Dr M



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui terdapat kalangan rakyat termasuk penjawat awam mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan untuk penggal akan datang hanya kerana kelantangannya mengekang rasuah.

Malah, Dr Mahathir berkata terdapat pihak yang menganggap kerajaan PH tidak sebaik pentadbiran terdahulu hanya kerana menolak amalan tidak bermoral tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada yang berpendapat kerajaan sekarang tidak sebaik kerajaan lepas kerana kerajaan ini tidak benarkan terima rasuah.
“Ada yang anggap kerajaan hari ini tidak harus diteruskan tetapi kembali kepada kerajaan rasuah yang akan menguntungkan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta kira-kira 1,500 penjawat awam.
Menjelas lanjut, Dr Mahathir berkata apabila pemimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum mengamalkan rasuah, maka banyak pihak yang akan menjadi mangsa termasuk generasi akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Selain itu, segala perancangan kerajaan untuk memajukan dan membangunkan negara agar kembali menjadi ‘Asian Tiger’ tidak dapat direalisasikan, katanya.
“Kita sedar kerajaan lepas jatuh kerana rasuah, walaupun mereka berpendapat dengan rasuah akan dapat sokongan rakyat, tapi akhirnya rakyat jatuhkan meraka walaupun beli dengan macam-macam upah,” kata Dr Mahathir.
Perdana menteri juga berkata kekayaan negara wajar dikongsikan dengan semua pihak dalam negara tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Kalau kita abaikan usaha untuk agihkan kekayaan dengan baik maka akan berlaku perasaan tidak senang antara satu sama lain lama kelamaan perasaan itu akan cetuskan huru hara dalam negara. Sebab itu dalam semua usaha mesti tentukan agihan, peluang dalam negara dan macam-macam hasil dirasai oleh kita semua,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata masih terdapat sebilangan kecil penjawat awam negeri yang masih terperangkap dengan sentimen terhadap ‘boss-boss’ lama daripada pentadbiran terdahulu.
“Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada ikatan persahabatan yang dibina di antara penjawat awam dengan anggota pentadbiran sebelum ini.
“Pentadbiran ini sama sekali tidak bermaksud mendesak supaya hubungan silaturrahim itu mesti diputuskan, kerana ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci ini. Ia juga bertentangan dengan prinsip politik matang yang diamalkan pentadbiran ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perlu ada batasan supaya keputusan dan tindakan tidak dipengaruhi oleh hubungan persahabatan lama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jangan sekali-kali gadaikan sumpah janji taat setia kepada kerajaan dengan melengah-lengahkan arahan yang diberikan atau tidak melaksanakan arahan atau keputusan, disebabkan konflik sentimen terhadap pentadbiran terdahulu.

“Ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat.. Hentikan bermain politik,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel