Connect with us

Berita Lain

AS sita set barang kemas milik mak Jho Low


Satu set barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa
diberikan kepada Evelyn Goh yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan Low Taek
Jho atau Jho Low.
Menurut pemfailan mahkamah Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada
28 Mei, sepasang subang dan sebentuk cincin yang bernilai hampir AS$1.7 juta
diterima oleh Marshals Service AS, iaitu penguatkuasa DOJ, pada 14 Mei lalu.
Resit yang dikemukakan DOJ, yang dilihat Malaysiakini,
menyatakan bahawa waran bagi rampasan barang kemas itu dikeluarkan pada 20 Jun
2017 dan rampasan telah dijalankan. Tiada butiran lanjut tentang rampasan
barang kemas itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Marshal AS mengesahkan resit barang kemas itu pada
21 Mei.
DOJ sebelum ini meminta kerjasama kerajaan Thailand untuk
menguatkuasakan waran bagi barang kemas itu kerana Goh dipercayai menetap
negara itu.
Awal bulan ini, media melaporkan penjaga barang kemas
berkenaan bersetuju memulangkan barang kemas itu kepada AS selepas mencapai
persetujuan dengan DOJ.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pihak berkuasa AS mendakwa Jho Low menggunakan wang yang
diseleweng daripada bon 1MDB pada 2012 untuk membeli barang kemas itu pada
harga AS$1,695,475 daripada Lorraine Schwartz Inc.
Invois bagi barang kemas itu dikeluarkan untuk Jho Low pada
28 Nov 2012, termasuk untuk berlian 7.53 karat, 3.05 karat dan 3.08 karat. Goh
dikatakan mengambil barang kemas itu di Hong Kong.
Dalam pemfailan mahkamah selepas itu, DOJ mendakwa notis
rampasan barang kemas itu sudah dimuat naik dalam talian pada 21 Jun 2017,
sementara notis kepada pihak Goh dan Lorraine Schwartz dihantar pada 4 Ogos
2017.
Tarikh akhir bagi bagi tuntutan balas terhadap kedua-dua
notis itu sudah tamat. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel