Connect with us

Berita Lain

BN batal rizab tanah Taman Tasik Taiping

foto sumber internet



Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini didakwa telah membatalkan rizab tanah seluas 8.04 hektar di Taman Tasik Taiping di sini untuk dibangunkan bagi tujuan komersial.


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika mendedahkan perkara itu berkata pembatalan rizab tanah terlibat yang dianggar bernilai RM50 juta sebagai taman reakreasi dibuat Kerajaan Negeri pada 1 Mac 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pembatalan ini untuk pembangunan komersial akan memberikan impak kepada Taman Tasik Taiping yang merupakan tapak warisan negara.


“Sekiranya kita tidak dedahkan dan (tanah) dijadikan pembangunan komersial kita bimbang Taman Tasik Taiping yang tersohor seluas 200 ekar (80 hektar) akan tinggal tasik sahaja diambil oleh pihak yang rakus,” katanya dalam satu sidang media di Taiping, hari ini.


Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong, berkata jika pembangunan komersial di kawasan itu diteruskan ia dibimbangi akan menjejaskan status Taiping sebagai antara destinasi terbaik di dunia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kita bimbang pengiktirafan Taiping sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 di Berlin, Jerman Mac lepas akan ditarik balik.


Menurut Nga, tapak tanah rizab itu terletak bersebelahan dengan Penjara Taiping.


Beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya tanah itu dirizabkan semula dan diwartakan sebagai Taman Tasik Taiping.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Taman Tasik Taiping yang menjadi ikon kebanggaan warisan negara sudah berusia 139 tahun setelah taman itu diwujudkan pada 1880.


– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel